Bukan tak boleh berdemo. Tapi tengok isu lah juga. Last teman join demo ialah pada petang bulan puasa yang terik pada tahun 2004 di depan kedutaan Thai susulan kekejaman Thaksin Sinawatra ke atas penduduk Islam Tak Bai.
Hal itu tidak mendapat tempat di meja rundingan. Tidak ada komitmen dari pihak Thailand untuk mengajak umat Islam negara ini yang marah, untuk berunding di meja rundingan. Tidak seprti SPR yang membuka pintu rundingan seluas-luasnya untuk puak-puak yang menggerakkan Bershit 2.0.
Hal itu tidak mendapat tempat di meja rundingan. Tidak ada komitmen dari pihak Thailand untuk mengajak umat Islam negara ini yang marah, untuk berunding di meja rundingan. Tidak seprti SPR yang membuka pintu rundingan seluas-luasnya untuk puak-puak yang menggerakkan Bershit 2.0.
Hasilnya lumayan. Selang dua tahun, Jenderal Sonthi Boonyaratlin, pemimpin tertinggi tentera Thailand yang beragama Islam, mendapat mandat dari Raja Thai untuk menggulingkan Thaksin Sinawatra atau nama cinanya Khoo Tat Seng. Tetapi hasilnya ada pihak Barat yang masuk untuk mewujudkan Merah lawan Kuning di sana.
Hari ini, Jenderal Sonthi menjadi pemimpin Parti Matuphumi (Parti Bumiputra), sebuah parti Islam yang mensasarkan 10 kerusi di selatan Thai dalam pilihanraya umum yang bakal diadakan.
Walaupun Sonthi bukanlah merupakan kaum Melayu yang berasal dari Selatan Thai, sebagai umat Islam, walaupun datuk neneknya memang Islam Ayuthia sejak zaman Islam menguasai Ayuthia, rasa persaudaraan yang dekat antara umat Islam dalam negara yang mana umat Islam adalah minoriti kecil, cukup memberi pengajaran kepada negara kita.
Di negara ini, umat Islam berpecah, dan dipecahkan oleh fahaman politik yang rumit dan bercelaru. Umat Islam yang menyokong PAS dilihat tidak langsung mempedulikan tindak-tanduk mereka yang salah semata-mata kerana merasakan diri mereka paling betul.
Perkara seperti ini jelas menjadi bahan tepuk tangan utama pendiri agenda menumbangkan penguasaan Islam di negara ini bagi menjadikan negara ini sekular sekurang-kurangnya pada tahap pancasila Indonesia.
Siapakah yang jelas akan diazab sekiranya negara ini menjadi sekular mutlak? Bukan orang kafir yang memang disediakan tempat khusus untuk mereka di neraka. Sudah tentu umat Islam yang bermati-matian mengikuti mereka atas dasar sombong, benci, dengki dan riak.
No comments:
Post a Comment