Isnin, Ogos 15, 2011

Usir Pengusaha Premis Judi Di Taman Perpaduan


Deretan kedai dua tingkat yang baru di bina di Taman Perpaduan, berhampiran sebuah stesen minyak yang sedang di bina, berhadapan dengan surau baru yang mula digunakan oleh umat Islam Taman Perpaduan, kini diselit dengan sebuah kedai yang separuhnya dijadikan kedai menjual CD/DVD, dan separuh lagi kedai jackpot menggunakan komputer!

Bagaimana boleh sebuah kedai judi wujud di penempatan 90% Islam ini? Jika UMNO Bandar Tun Razak boleh menentang kewujudan premis judi di Jalan Jujur dengan lantang, bersama PAS Bandar Tun Razak, bagaimana pula UMNO Tambun dan PAS Tambun?

Jika pada tahun 1999, sebuah kedai mesin jakpot kuda pernah diancam untuk dibakar oleh penduduk sehingga kumpulan kongsi gelap yang membuka kedai tersebut di Tingkat Perpaduan 2 itu menutupnya dengan serta merta, mengapa tidak boleh kali ini?

Ini kerana kedai itu kini tumbuh berhadapan jalan utama yang sentiasa sibuk dan dapat dilihat oleh sesiapa sahaja.

5 ulasan:

cine berkata...

NI adalah kes jelas pakat2 dok ghumah peh tu hayon telor kuat2.

Tanpa Nama berkata...

bro, bagi le memorandum kat ADUN Hulu Kinta.. tak pun bagi kat cikgu Ali. Kalu nak arap PAS Tambun, tiap2 ari tau ceramah politik je...

IPOH MALAY berkata...

cikgu Ali?? hahaha... baik teman bagi kat pak khalib je.. raya ni teman wat kejer.. susah tul kerja di perantauan ni..

kesian org taman.. arah kiblat surau baru melintasi kedai jekpot

Tanpa Nama berkata...

Bagi kat Tok Ketuai?, ha, ok la tu... asalkan bagi la gak kan. Hehe.. Teman pun blum tengok lagi kedai tu, baru balik semlm, x sempat nak menjenguk...

Tanpa Nama berkata...

belakang kedai tu taman bercham raya kan... gi je jumpa AJK taman tu boleh pakat ramai ramai gi jahanam kan kedai tu....selalu jugak diorg mesyuarat untuk bincangkan permasalahan kat taman tu...tp pelik jugak xde sape nak bangkitkan hal tu..