Selasa, Januari 31, 2012

Anwar Tidak Berbohong Soal Menjaga Israel

Anuar Shaari : Kenapa Tidak Saman Wall Street Journal ?

AIDCNews – 29/01/12 – “Biasa lah Anwar, jika sudah tersepit, dia akan salahlah orang lain !”, itulah respon spontan, Anuar Shaari, ketika diminta mengulas jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalahkan media telah memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin dalam interbiunya di Wall Street Journal (WSJ), 26 Jan.

“Kenyataan Anwar tentang Israel itu dipetik dari WSJ, jadi kenapa disalahkah media lain.

“Saya percaya media lain memetik bulat-bulat apa yang terkandung dalam WSJ, jadi jika dia nak beri amaran atau ambil tindakan, dia perlu ambil tindakan terhadap WSJ terlebih dahulu”, katanya.

WSJ, 26 Jan melaporkan dalam wawancara bertajuk “Malaysia’s Anwar Presses On Despite Appeal“, Anwar telah berkata; “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”

Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.

Wartawan WSJ, Shibani Mahtani memfokuskan sokongan Anwar kepada Israel dan mengkesampingkan isu Palestin.

Anuar yang juga bekas Setiausaha Sulit Anwar menegaskan tidak mungkin wartawan itu memanipulasi jawapan Anwar kecuali menyalin bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Ketua Umum PKR itu.

“Saya percaya ia adalah apa yang diperkatakan Anwar dan WSJ idak tersalah petik.

“Pendirian sebenar tidak dapat disembunyikan lagi dengan beberapa petunjuk terkini seperti Israel ‘syurga’ LGBT.

Bacaan lanjut : AIDC

Tiada ulasan: