Agaknya kerana ghairah memberi contoh kebiadapan DAP Pulau Pinang dalam mempersenda umat Islam negeri ini (yang dilihat menentang pemerintahannya), maka DAP Pulau Pinang, melalui MPPP , membina sebuah tandas berbentuk seperti surau jika sekali imbas.
Mungkin telah ramai yang bersegera ke situ kerana menyangka ianya musola, tetapi terkejut apabila mendapati ia sebenarnya adalah sebuah tandas berdasarkan apa yang tertulis di dahi bangunan.
Kotor jijik dan jorok pemikiran mereka yang membina binaan ini dengan niat yang jahat. Sudahlah binaan ibarat surau, diwarnakan hijau seperti warna Islami, mungkin bertujuan memanggil Muslimin yang ingin bersolat supaya mereka dibodohkan.
Disangka surau rupanya tandasWARTAWAN SINAR HARIANJanuary 2, 2012GEORGETOWN – Mungkin tidak patut rasanya apabila tandas yang merupakan tempat membuang najis dan kotor dibina menyerupai bentuk sebuah masjid dan surau.Namun, itulah realitinya yang terjadi di Jalan Padang Polo apabila bumbung tandas awam milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) direka seakan kubah masjid dan kelihatan seperti surau kecil.Ketua Penerangan Pas Tanjung, Rashidi Salim berkata, pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai bentuk bumbung tandas berkenaan.Menurutnya, walaupun tandas awam itu dibina sejak 2000 dahulu namun kerajaan sekarang patut mengambil tindakan dengan mengubahnya kepada yang lebih baik.“Isu tandas yang menyerupai rumah ibadat sememangnya sensitif, kami bukan perkauman tetapi apabila anda sendiri sebagai umat Islam melihat tandas yang mempunyai bentuk seakan masjid atau surau, apa perasaan anda?.Bacaan lanjut : Sinar Harian (Utara)
2 comments:
ini mesti orng2 AMNO punyer kijer....tak caya tanya nik aziz
tanya nik aziz serupa tanya pasal palestin kat ehud barak
Post a Comment