Monday, March 19, 2012

Kadiaq Oh Kadiaq

Kadir Sheikh Fadzir umum keluar UMNO


2012/03/19

pix_gal0
KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran UMNO yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengumumkan meletakkan jawatannya selaku ahli UMNO.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas empat perenggan.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebarang sebab tindakannya keluar parti.
Abdul Kadir menjadi ahli UMNO dan memegang pelbagai jawatan dalam parti sejak tahun 1956 dan pernah menjadi Menteri Penerangan dan Menteri Pelancongan.

"Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, jawatan yang akhir dalam UMNO yang saya menjawat," katanya dalam kenyataan itu.

Abdul Kadir pernah menjadi Exco Pemuda UMNO selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO selama 24 tahun, di samping jawatan lain seperti Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah.

Beliau menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.

Ulasan

UMNO nampaknya memerlukan hampir 1 dekad untuk menunggu saat ini di mana ahlinya serta pemimpinnya, boleh menghela nafas lega dengan keluarnya biawak hidup yang ditanggung oleh parti selama hampir 1 dekad sejak kes 'lembaga hitam' , Norrita Shamsuddin dan Hanif Basree Abdul Rahman yang menjadi buah mulut orang ramai selama bertahun-tahun hingga pihak kerajaan takut untuk mengetengahkan Kadiaq sebagai tokoh politik yang layak untuk masyarakat.

Kadiaq letak jawatan atau keluar UMNO atau apa jua sekali pun, tidak bermakna jika mulut kelupasnya tidak berhenti dari bersifat capoi hanya semata-mata menganggap orang ramai melupakan pandangan sinis ke atasnya satu ketika dahulu.

Tidak! Tidak mungkin itu dilupakan kerana ianya sangat menggemparkan negara. Terbabit atau tidak, namanya tidak pernah dibersihkan oleh dirinya sendiri pada ketika itu sehinggalah hari ini.

Ke mana lagi kalau kulat-kulat cendawan yang menghodohkan UMNO akan pergi sekiranya mereka disorak saat keluar meninggalkan UMNO?

Tentulah ke hadapan Anwar Ibrahim jugalah mereka bersujud tiarap dan apa bezanya PKR dengan perangkap sampah Sg. Klang?

Bila tahi yang diteran keluar oleh umno ditadah dengan tangan oleh PKR, parti mana yang kotor sebenarnya? Hahaha.

No comments: