baru jadi RM2.10. Kalau minyak negara kita sama macam Thailand, RM3.80
seliter, negara akan huru-hara.
Di Indonesia, anda boleh dapat RM1.60. Tapi RON88 lah. Kita ni RON92
pun dah tak ada. Minyak RON95 demer dah RM3.00.
Malaysia menjual RON95 dengan harga RM1.90 seliter. Jika naik sepuluh
sen, segala benda kononnya naik. Menggelupurlah hidup mereka setiap
hari.
Ini bukti kita sangat lemah dalam saingan peringkat Asia Tenggara
kerana menjadi negara kebajikan paling merugikan di dunia.
Di Indonesia, indikasi seperti di atas telah lama mereka nilaikan dan
setiap kali berlaku perselisihan negara adik-abang ini, modal mereka
'sebenarnya rakyat Malingsia miskin'.
Tetapi di Thailand aktiviti kehidupan masih seperti biasa sibuknya.
Harga teh o ais masih sahaja sama dengan RM1. Apa yang membuatkan itu
berlaku di Thailand?
Sebenarnya, di negara ini, harga minyak perlu dinaikkan bagi mengajar
warga untuk tidak merayau malam-malam melepak sana dan sini.
Di KL tidak menjadi kehairanan seseorang yang tinggal di Shah Alam
keluar makan malam di Ampang yang terletak 35km sebelah timur dan
kemudiannya pulang.
Mobiliti masyarakat perlu ditumpukan pada pengangkutan awam rel dan
rakyat juga dapat menabung dengan tidak memandu merata-rata sesuka
hati.
Kita tidak seharusnya menjadi negara yang mempunyai warga yang lembik,
lemah dan miskin.
Karim bin Yusof
Tg. Rambutan
1 comment:
Sangat setuju dgn pndpt tuan. Masa pak lah naikkan harga ron95 $2.50 gejala mat rempit turun hmpir 90%. Polis pun x sibuk nak buat rush. Orang ramai mula buat budget secara berhemah. Agak2 bilalah mentaliti rakyat malaysia nak berubah. Semua nak murah. Pantang harga petrol n gula naik sket tetiba semua brg jd mhl. Langsung x de konsep kebajikan langsung.
Post a Comment