Khamis, April 05, 2012

Kepahitan Zaman Pemerintahan DAP di Perak XIII

Dek kerana mabuk kuasa, PAS tidak berjuang lagi atas nama Islam. Semua orang Islam yang tidak bersetuju dengan mereka dilabel UMNO. Jahil dan keji.


Utusan Malaysia, Khamis, 31 Julai 2008

Pas buat laporan polis terhadap Tajol Rosli

IPOH 30 Julai – Pas Perak hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini berhubung tawaran UMNO untuk bergabung dengan parti itu bagi membentuk kerajaan baru di negeri ini.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Norazli Musa pada pukul 3.15 petang.

Beliau mendakwa tawaran oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali pada Isnin lalu supaya UMNO dan Pas bergabung boleh disifatkan sebagai satu bentuk rasuah.

‘‘Saya minta polis membuat siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut dan pihak yang menyiarkan laporan itu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Ipoh di sini hari ini.

Analisis

Takut? Vurnarable? Bimbang Hilang Kuasa? Itulah teka-teki yang bermain di fikiran rakyat Perak apabila melihat keletah golongan muda-mudi PAS yang lekas-lekas mendakwa jemputan UMNO yang memenangi majoriti kerusi kawasan Melayu yang ditandingi di negeri ini mengajak PAS menubuhkan kerajaan BN Campuran di Jajahan Kesultanan Perak, sebagai bentuk rasuah.

Mereka rela mendampingi DAP yang membenci pertumbuhan masjid-masjid, menentang tulisan-tulisan jawi dan memberi tanah-tanah kerajaan kepada penceroboh bekas komunis yang di tangan mereka ada darah alim ulamak Islam yang mereka bunuh di zaman darurat.

Mereka rela meninggalkan golongan yang percaya keesaan Allah dan mengucap dua kalimah syahadah lalu mendampingi golongan yang tidak pernah menghormati agama Islam malahan mempunyai tekad yang besar untuk menjadikan negara ini sekular sepenuhnya.

UMNO sekular? Jika UMNO sekular, tidak adalah doa-doa puji-pujian ke atas Allah SWT dan junjungan besar Rasulullah tatkala dipanggil ahlinya berhimpun. Tetapi PAS tetap utuh dengan pendiriannya bahawa UMNO itu sekular dan DAP itu Islamik. Inilah PAS hari ini. Tidak layak baginya menggunakan Islam sebagai mainan duniawi.

Tidak hairanlah seandainya PAS berterus-terusan bermuka-muka dan melanggar tatacara sahsiah Islam dalam penganjuran permuafakatan sesama saudara Islam, kemurkaan Allah akan tiba jua ke atas mereka-mereka yang menggunakan agama Allah untuk memanipulasi rakyat-rakyat demi sebuah tampuk kuasa ihsan yang menjatuhkan martabat Islam itu sendiri.

Ketahuilah kita semua hari ini bahawa PAS merupakan sebuah parti Islam yang dahulunya bersih dan suci, kini telah dicemari oleh agen-agen dajjal yang keras hati, gelap mata dan membenci perpaduan ummah.

Tiada ulasan: