Memang ini adalah inisiatif pembangkang. Perhimpunan Bersih walaubagaimanapun perlu ada segmen pemerintah di dalamnya.
Ini kerana laung pekik jeritan puak-puak pembangkang yang menuduh SPR sebagai agen mempertahankan kerajaan memerintah untuk kali ketiga ini cukup untuk menutup segala buruk lagu mereka ke atas sistem pilihanraya.
Dengan pengundi hantu mereka yang benar-benar wujud dan meresapi kawasan-kawasan kubu kuat Barisan Nasional, serta hembusan spekulasi tentang masyarakat Cina tidak mendaftarkan kematian bagi membolehkan pendatang China mengundi bagi pihak mereka adalah perkara-perkara yang tidak pernah dilaungkan oleh para penyokong kerajaan.
Menganggap Bersih sebagai manifestasi pembangkang semata-mata sebenarnya menutup pintu untuk kita dalam melihat salah laku pihak ini dalam proses pilihanraya.
Parti Pembangkang hakikatnya amat selesa apabila sanggahan ke atas sistem pilihanraya hanya dibuat oleh mereka dan tiada siapa dari segmen penyokong kerajaan yang mahu menyertai perhimpunan itu atas nama ianya haram dan menutup periuk nasi.
Kali ini, perhimpunan tersebut dibenarkan. Inilah masa untuk segmen penyokong kerajaan turut menyertai perhimpunan ini bagi melahirkan manifestasi tidak puas hati terhadap permainan puak pembangkang yang menyeret SPR dalam komplot politik mereka.
Siapa tahu dengan kehadiran penyokong kerajaan, ramai mereka yang mengikuti perhimpunan ini akan berada di kem kerajaan nanti. Lebih mulia, selesai perhimpunan Bersih, para penyokong kerajaan bolehlah melakukan kerja gotong-royong pembersihan tapak perhimpunan bagi menyindir tindak-tanduk moral pembangkang dalam etika perhimpunan.
Silence is no more golden.
No comments:
Post a Comment