Friday, June 01, 2012

Kisah PM Dan Rantai Lehernya

Jika orang biasa yang memakai rantai emas, berlian, perak atau mutiara sekalipun ianya tidak mungkin akan menjadi satu bahan perbualan masyarakat kita. Tetapi bila seorang Perdana Menteri beragama Islam memakai rantai ianya agak menarik perhatian kita.

Isu DS Najib Razak memakai rantai mula mula timbul sekitar April 2012 ketika PM mengunjungi sebuah majlis mengagihkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) di mana pada waktu itu adik-beradik yang terpisah lebih 2 dekad berjaya ditemukan dalam majlis tersebut.


Pada tahun 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan :

Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:

i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).

ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.

iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.

iv. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.


Apa yang dipakai oleh Najib tidak lain ialah Rantai Quantum Solar Enegery diperbuat daripada larva gunung berapi di Jepun dan German. Lahar Tenaga Skalar yang terbaik adalah dari Jepun dan Jerman berdasarkan faktor cuaca dan alam. - Jadi rantai yang dipakai oleh Najib Tun Razak bukan satu kesalahan dari segi hukum syarak.
Bacaan lanjut : Kedah Ke KL






3 comments:

Era Pasca said...

peh keluar fatwa sendiri... okeh lah... dah terfatwa kan.. lagipun memang rantai perubatan yang tak boleh yakin akan menyembuh dan memang takde cara lain nak berubat dah, cara nya pakai rantai je, mana tau bukak2 je rantai terus terkencing malam.. kahkahkah

UMNO APTB... -_-

Prof. Era Pasca said...
This comment has been removed by the author.
Prof. Era Pasca said...

lpe tanya rantai tangan dengan rantai leher sama ke? rantai tangan tu rupe cam ne?