Thursday, July 19, 2012

Ramai Tak Setuju Murid Dibenar Bawa Henfon


Membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah dilihat sebagai sama silapnya dengan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris menurut sesetengah pihak. 

Jika pengajaran matematik dan sains dalam BI itu ada manfaat di sebalik kekusutan keupayaan, membenarkan pelajar membawa telefon bimbit dan gajet-gajet adalah tidak memberi manfaat sama sekali. 

Ini kerana, jika gajet persendirian diperlukan dalam bantuan pengajaran pembelajaran, adalah lebih baik instrumen berkaitan tidak diperkenalkan dalam kelas terlebih dahulu. 

Jika internet menjadi alasan, adalah lebih baik menyediakan satu desktop dan satu pencetak di dalam setiap kelas bagi kegunaan tersebut. 

Adalah sukar mengawal kanak-kanak apatah lagi remaja yang memasuki usia membentuk peribadi sendiri. Komunikasi seharusnya dibataskan pada mereka seusia ini kerana mereka perlu diarahkan perhatiannya kepada proses pembelajaran. 

Jika berlaku kecemasan pula, ibu bapa seharusnya tahu nombor pejabat sekolah anak-anak mereka dan murid pula seharusnya dibenarkan membuat panggilan secara percuma kepada ibu / bapa/ penjaga selama beberapa tempoh yang patut.  

Para guru dan ibu bapa nampaknya jarang yang bersetuju dengan idea ini dan adalah menghairankan kita atas dasar apa idea ini mahu dilaksanakan.

No comments: