Friday, August 10, 2012

Sila Baca : Pakatan Rakyat Ancaman Utama Ekonomi Negara.

Perbandingan antara Malaysia dengan negara di sekelilingnya cukup
tragis. Negara ayam di kepuk padi ini sentiasa menjadi negara contoh
kesyukuran rakyat luar.

"Thanks to Malaysia Government because you guys not corrupt" ujar
seorang forumer TripAdvisor dari Filipina ketika mengetahui tiada
cukai terminal dan sebagainya ketika mendarat keluar dari LCCT.

Rakyat Indonesia, dalam umpat caci mereka, turut mengakui kemajuan
Malaysia dalam 'memberi makan rakyatnya'.

Malah pengunduran Shahrizat Jalil menjadi contoh yang diangkat mereka
bagi menyebut ahli politik mereka bermuka tebal atau putus saraf malu.

Dewasa ini pula, akhbar Indonesia mendedahkan lebih banyak hasil
kemajuan pentadbiran Malaysia di kawasan pendalaman terutamanya di
Sabah dan Sarawak berbanding bahagian mereka di pulau Borneo itu.

Mereka juga memuji kawalan harga bahan makan sehingga 30 jenis di
Malaysia berbanding hanya 1 oleh Indonesia yakni beras.

Kawalan Indonesia ke atas bahan makanan lainnya telah digugurkan
kerana menuruti kehendak IMF yang dibawa masuk oleh bekas pemimpin
negara yang kini mahu memerintah dengan propaganda dan fitnah.

Walaupun hari ini IMF sendiri meminjam dari Indonesia kerana kekuatan
ekonominya, monopoli harga bahan makan yang berakar umbi dan
membuatkan rakyat terhimpit, tidak dapat dikawal lagi.

Berbeza dengan negara ini, Malaysia, bukanlah menipu jika disebut
pemerintah negara ini telah dengan penuh tanggungjawab kebajikan ke
atas rakyat, mengawal harga bahan makan sehingga terpaksa disubsidi
sesetengahnya.

Bukan itu sahaja, kerajaan pula berinisiatif bagi membentuk 'a make
money government' bagi menampung bebanan subsidi ke atas rakyat agar
ia tidak menjadi bebanan lagi untuk mensubsidi sebanyak manapun.

Geli hati apabila jutaan rakyat Malaysia mengakui mencintai negara
tetapi tidak memberi sokongan padu ke atas Felda Global Venture yang
mampu menjadi penentu harga sawit dunia. Lebih goblok lagi andai
mereka mendesak ia ditiadakan.

Siapa yang bodoh jika peneroka Felda sendiri sedar bahawa keupayaan
negara merampas Sime Darby dan Guthrie dari tangan Eropah tidak
mungkin semudah menggadaikan tanah peneroka kepada pelabur asing.

Hakikatnya, sekiranya setiap rakyat menyertai proses transformasi
ekonomi dan berhenti dari berfikir untuk menjemput kacang hantu untuk
memerintah kerana jalan untuk mengaut pendapatan tinggi telah
dibentangkan oleh kerajaan.

Cukup hairan apabila orang Melayu tidak sedikit yang mahu kerajaan
ditukar demi untuk 'mendraf negara baru'.

Sangat memalukan apabila golongan Melayu jenis ini tidak pula membina
kekayaan apa-apa, tidak meneroka tanah mana-mana dan tidak mencuba had
keupayaan mereka dalam menghasilkan wang yang mencukupi seandainya
berlaku huru hara dalam negara yang bakal mengakibatkan krisis makanan
yang serius.

Kebanyakan mereka bekerja makan gaji di firma-firma dan syarikat yang
bergantung penuh pada kestabilan politik untuk terus digajikan.

Mereka tahu yang mereka mungkin akan mula mencangkul tanah untuk hidup
seandainya berlaku pergolakan politik yang melumpuhkan ekonomi negara.

Mereka tahu bahawa banyak dasar akan diubah atas dasar liberalisme
dari segi kewangan sehingga ke persoalan akidah.

Mereka juga tahu bahawa demi menjatuhkan kerajaan pimpinan Melayu
sedia ada, Islam perlu dikebelakangkan.

Tetapi atas dasar hati yang kurang bersih, mereka memintal bebenang
perbezaan ini menjadi tali yang akan menjerut leher sesiapa yang ingin
menyatukan mereka.

Kebencian mereka disebarkan melalui ustaz-ustaz politik, artis-artis
yang mengintai peluang sehinggalah melalui golongan hipokrit yang
berpura-pura menyukai mereka dan bersifat pro-sekularisme.

Selepas 4 tahun menghantui proses memakmurkan rakyat oleh pemerintah,
Pakatan Rakyat masih lagi gagasan hantu yang tidak berdaftar, bercarta
organisasi, berpresiden dan berdiri atas satu manifesto.

Golongan yang paling mengharapkan agar kerajaan bertukar tangan ialah
golongan pemonopoli yang dihalang kerajaan hari ini dari menghisap
darah pengguna.

Jika orang Melayu yang sudahlah tidak mahu mengkayakan diri, malah
sulit dan sempit hidupnya, memilih untuk liberalisasi sebuah negara
khayalan berbeza tiga parti yang bakal bercakaran beberapa tahun
selepas sekiranya ia menang, tentulah kecaman negara pro-Malaysia ke
atas rakyat ini bernada 'kamu semua sangat bodoh'.

Ini kerana kejayaan di sisi agama bagi sebuah negara yang hanya
berpenduduk Islam seramai 65% dari 29 juta tetapi mampu sedaya upaya
mempertahankan proses Islamisasi di tanah rebutan ini di era pasca
kolonialisasi, adalah pencapaian yang sukar dilakukan.

Indonesia yang memiliki 85% orang Islam adalah sebuah negara yang
mengagungkan pluralisma agama manakala Turki yang 95% Islam pula
mendabik dada dengan sekularismanya.

Bukankah dua negara ini merupakan dua negara yang sentiasa dipuji
Anwar Ibrahim? Mana pujian Anwar buat harga RON95 yang mencecah RM8.50
seliter di Turki.

Ternyata, selagi tiada permuafakatan dari sebuah pakatan yang sangat
inginkan tampuk pemerintahan itu untuk menunjukkan draf dari versi
mereka untuk menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan
tinggi, janganlah memuntahkan nasi demi menyuap tahi.

Padah bukan sahaja kita yang menanggungnya. Ekonomi negara sedang
bergerak laju. Pergerakan yang laju jika disengkang elemen perintang,
pasti natijahnya menyakitkan.

Kita boleh menyebut, siapa pun memerintah adalah sama, hidup perlu
diteruskan. Tetapi kita perlu juga sedar, bahawa dengan tersalah
pilih, kita mungkin meneruskan hidup dengan mundur ke belakang.

Perlu diingat, Filipina merupakan negara paling maju di Asia Tenggara
ketika kita masih bergelut menoreh getah untuk ladang Inggeris.

Hari ini negara tersebut bersedih apabila mengenangkan kegemilangan mereka.

"Kalau tak bersyukur lagi tak tau la. Keluar negara, tengok negara
kita dari luar, baru kita tau la" kata kawan teman berbangsa India
yang kini bekerja di Kalimantan.

Hari ini, perubahan demi perubahan telah membuatkan ayam di kepuk
terlalu ingka pada rezeki lalu memberontak kerana padinya konon
berkulat.

Mereka tidak pernah melihat reban mereka yang bagaikan kepuk padi itu
dari reban lain yang mengelilingi mereka yang meneruskan hidup dengan
padi bercampur sekam.

2 comments:

Unknown said...

ASSALAM BRO, SEBAB DAH RAMAI PUTUS SARAF PANDAI.

IPOH MALAY said...

betul tu En. SD .. nak sangat jadi Mesir, Mesir pun dah melutut kat IMF..