Oleh kerana British East India Company telah terlibat membiaya kumpulan British di dalam Civil War di Amerika Utara hingga pihaknya menang dan berjaya menubuhkan Amerika Syarikat, bendera British East India Company telah dipakai sebagai bendera tidak rasmi Amerika Syarikat, sebuah negara baru merdeka dengan 13 buah negeri tercantum dengannya dengan jelas sekali walaupun dinafikan oleh mereka yang berkepentingan dalam hal mengelak untuk mengiyakan pembabitan syarikat tersebut dalam Civil War tersebut. Dari mana pula datangnya bendera British East India Company atau SHTI - Syarikat Hindia Timur Inggeris seperti dalam buka sejarah sekolah kita itu?
Bendera British India Company adalah ubahsuai dari bendera kapal (umbul-umbul) Empayar Majapahit yang berkibaran di merata pelusuk Kepulauan Rempah yakni Nusantara pada saat awal kedatangan mereka. Oleh kerana British East India Company yang berpengkalan di India mahu menguasai perdagangan hingga ke China, mereka perlu menempuh laluan kibaran bendera Majapahit.
Pengubahsuaian umbul-umbul Majapahit ini yang digunapakai oleh konglomerat British East India Co. ini membolehkan British berurusan dengan mudah di Nusantara kerana dilihat sangat bersahabat dengan penduduk kepulauan ini pada awal kedatangan mereka. Namun mereka mengubahnya dengan 13 jalur. Kita mungkin pernah tahu 13 itu melambangkan apa dan British East India Company itu di naungi oleh siapa.
It has been suggested that the stripes were inspired by the flag of the Majapahit Empire, whose flags may still have flown across the Spice Islands in the Company's early days.At the time of the American Revolution the East India Company flag would have been identical to the Grand Union Flag. The flag probably inspired the Stars and Stripes (as argued by Sir Charles Fawcett in 1937).[22] Comparisons between the Stars and Stripes and the Company's flag from historical records present some convincing arguments.The John Company flag dates back to the 1600s whereas the United States adopted the Stars and Stripes in 1777.[23]The stripes and gridlike appearance of the flag gave rise to several pieces of imperial slang. Most notably is the phrase 'riding the gridiron'; this referred to travelling on a ship flying the company flag to / from India. - Wikipedia
Hakikat ini cuba ditutup oleh sesetengah ahli akademik Amerika Syarikat bagi mengelakkan tersingkapnya peranan British East India Company dalam pembikinan negara tersebut namun ia disingkap seluasnya oleh banyak forum-forum diinternet. Dalam bendera USA sendiri, maksud warna putih dan merah itu sama seperti maksud warna putih dan merah dalam bendera Indonesia yang dikatakan sebagai warisan Majapahit.
"The colors of the pales (the vertical stripes) are those used in the flag of the United States of America; White signifies purity and innocence, Red, hardiness & valour, and Blue, the color of the Chief (the broad band above the stripes) signifies vigilance, perseverance & justice." - http://www.usflag.org/colors.html
Bendera Indonesia memiliki makna filosofis. Merah berarti berani, putih berarti suci. Merah melambangkan tubuh manusia, sedangkan putih melambangkan jiwa manusia. Keduanya saling melengkapi dan menyempurnakan untuk Indonesia. - http://id.wikipedia.org/wiki/Bendera_Indonesia
Kesimpulannya, maka benarlah Jalur Gemilang yang digunakan hari ini juga adalah warisan Nusantara kerana penambahan warna biru dan bulan bintang kuning pada sudut kiri sebelah atas itu sangat lebih cenderung memberi bermaksud penjajahan British ke atas warisan Majapahit itu telah berakhir dan digantikan dengan pemerintahan bangsa Nusantara yang Islam.
Mujur sahaja Malaysia mengelak gubahan umbul-umbul Majapahitnya dari memiliki 13 jalur seperti Amerika Syarikat dengan menambahkan satu jalur lagi sebagai makna keseluruhan 13 negeri membentuk satu persekutuan, walaupun hakikatnya pada ketika penubuhan Malaysia, terdapat 13 buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia.
Keterangan ini mungkin tidak dijumpai dalam mana-mana buku sejarah dalam negara ini kerana ia melibatkan isu antarabangsa hari ini yakni hubungan Malaysia - Indonesia. Tetapi, untuk mengatakan Jalur Gemilang adalah warisan ciptaan penjajah, fikirkan sendiri.
Hakikat yang tidak diketahui oleh ramai orang ialah, tanah Majapahit di mana bendera merah putih yang dipakai Indonesia hari ini berkibar, hanyalah tanah Jawa. Di luar tanah Jawa, naungan Majapahit disebut Nusantara. Ini boleh dirujuk dari Sumpah Palapa yang dibuat oleh Perdana Menteri Majapahit, Patih Gajah Mada. Majapahit, seperti juga Melaka hanya menaungi, dan bukanlah menjajah.
Mujur sahaja Malaysia mengelak gubahan umbul-umbul Majapahitnya dari memiliki 13 jalur seperti Amerika Syarikat dengan menambahkan satu jalur lagi sebagai makna keseluruhan 13 negeri membentuk satu persekutuan, walaupun hakikatnya pada ketika penubuhan Malaysia, terdapat 13 buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia.
Keterangan ini mungkin tidak dijumpai dalam mana-mana buku sejarah dalam negara ini kerana ia melibatkan isu antarabangsa hari ini yakni hubungan Malaysia - Indonesia. Tetapi, untuk mengatakan Jalur Gemilang adalah warisan ciptaan penjajah, fikirkan sendiri.
Hakikat yang tidak diketahui oleh ramai orang ialah, tanah Majapahit di mana bendera merah putih yang dipakai Indonesia hari ini berkibar, hanyalah tanah Jawa. Di luar tanah Jawa, naungan Majapahit disebut Nusantara. Ini boleh dirujuk dari Sumpah Palapa yang dibuat oleh Perdana Menteri Majapahit, Patih Gajah Mada. Majapahit, seperti juga Melaka hanya menaungi, dan bukanlah menjajah.
Ini juga memperlihatkan penggunaan bendera Majapahit sebagai asas kepada bendera Singapura adalah tidak langsung relevan kerana Singapura terletak diluar tanah Jawa dan termasuk di dalam kawasan Nusantara. Ini kerana menurut ahli sejarah, yang berkibar di serata Nusantara pada zaman Majapahit hanyalah umbul-umbul Majapahit, yakni bendera bala maritimnya iaitu jaluran merah putih berjumlah 9 baris.
Tetapi justifikasi penggunaan tersebut kita ketahui sebabnya kerana keluarnya Singapura dari Malaysia (1965) adalah pada ketika berlakunya konfrontasi Malaysia dan Indonesia (1962 - 1966) dan sudah tentulah Singapura memilih untuk cenderung bersemangat Indonesia.
Hanya mereka yang malas mengkaji dan orang luar yang terlalu disogok oleh pemuka-pemuka kebangsaan melulu sahaja yang menyebut bendera Malaysia itu merupakan ciplakan bendera Amerika Syarikat. Padahal Amerika Syarikat menciplak dari British East India Co. yang menciplak dari Majapahit di mana Majapahit meyambung warisan merah putih dari Srivijaya.
Tidak mengetahui bukanlah satu kesalahan. Kesalahan cuma timbul apabila sudahlah tidak berpengetahuan, dicuba pula untuk memporak-perandakan fikiran orang lain. Contohnya si guni padi di bawah ini :
Tidak mengetahui bukanlah satu kesalahan. Kesalahan cuma timbul apabila sudahlah tidak berpengetahuan, dicuba pula untuk memporak-perandakan fikiran orang lain. Contohnya si guni padi di bawah ini :
Apabila kebodohan berleluasa, si bodoh tidak akan malu untuk menunjukkan kebodohannya kepada umum. Lagu Negeri Perak mula dipakai 1888 manakala Terang Bulan hanya muncul pada tahun 1930an.
11 comments:
Jadi jalur gemilang dipengaruhi oleh jawa...hahaha
jaworld kata dia
"Oleh kerana British East India Company telah terlibat membiaya kumpulan British di dalam Civil War di Amerika Utara hingga pihaknya menang dan berjaya menubuhkan Amerika Syarikat..."
bukan Civil War, tapi Perang Revolusi Amerika
Post yang bagus, ini jelas menunjukkan yang bendera Malaysia kita sbnarnya lebih mirip kepada bendera Majapahit berbanding Indonesia (walaupun kedua-duanya dipengaruhi)dari segi jalurnya yang banyak
Saya lebih berbangga dengan jalur gemilang sekarang, kerana sebelum ini saya memang melihat ia merupakan ciplak dr bndera USA, dan brtanya2 knapalah bndera kita kurang unsur nusantara, spt bendera sang saka Indonesia, Singapore, UMNO, dan PAS lama..
Majapahit wujud lama sebelum wujudnya Indonesia, Srivijaya/Majapahit adalah warisan Nusantara, iaitu seluruh penduduk Kepulauan Melayu (Malay Archeplago)bukan sekadar rakyat Indonesia sahaja. Mengatakan Majapahit itu Indonesia adalah tidak benar tapi yang benarnya ialah Indonesia adalah Kerajaan baru yang berpusat di tanah Jawa selepas Era Kerajaan Majapahit.
apa pun dr rumpun nusantara, melayu juga. bagus sekali
Bendera jawa, wayangkulit jawa, keris tamingsari jawa, gurunya hang tuah jawa... Memang jawa world lahhhhh
Jawa adalah pusat kepulauan Nusantara,
Ibu Pertiwi kita Nusantara sekarang disebut Indonesia, dan ketika para putranya seperti Thailand, Malaysia, dsb kembali kepangkuan ibu Pertiwi Nusantara maka akan disebut Indonesia Raya.
Elok lagi kalau kita bersepadu, tiada perang tiada bermusuhan, sebabnya kita ni serumpun kita saudara
Salam serumpun
Saya sangat setuju dgn ini, dgn persatuan kita bisa membuat kejaayaan Nusantara kembeli di mata dunia
Bravo Pak Cik
Post a Comment