Wednesday, September 05, 2012

Jakarta Dilanda Kempen Politik Perkauman

Perkauman di negara ini ciptaan UMNO? Ya. Kerana UMNO mengizinkan sistem vernakular. Itu mungkin tepat. Tetapi setepat mana kenyataan itu jika sebuah negara terasimilasi semua bangsa seperti Indonesia turut    bersifat perkauman? 

Malah lebih buruk lagi dari Malaysia kerana negara tersebut tidak mempunyai Cina yang tidak tahu berbahasa Indonesia, namun prasangka yang keterlaluan dilemparkan oleh ahli politik semasa berkempen untuk pemilihan Gabenor Jakarta.

Pemimpin Melayu di Malaysia masih boleh menjalankan kempen pilihanraya tanpa menilai apa agama calon tersebut. Kecuali PAS yang dahulu menyeru  pengundi Islam jangan mengundi orang bukan Islam. Tetapi hari ini, PAS malah menyeru peminatnya memilih calon yang pro kepadanya walaupun bersifat anti-Islam dengan matlamat, UMNO tunjang pemerintahan yang dipimpin orang Islam itu, dijatuhkan.

Penyakit PAS dahulu itu kini menjangkiti Rhoma Irama yang berkempen untuk Fauzi Bowo dan Nachrowi Ramli yang berusaha mengekalkan kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor Jakarta setelah gabungan Joko Widodo - Zhong Wan Xie dilihat semakin popular dan berpeluang untuk menang.

Lebih buruk, Rhoma Irama pada kempennya awal Ogos lalu, menakut-nakutkan penduduk Jakarta dengan memberi gambaran yang salah berkaitan hal yang salah, kononnya Joko Widodo sekiranya menang, bukan dia yang menjadi Gabenor sebaliknya Zhong Wan Xie atau nama Indonesianya Basuki Tjahaja Purnama, yang lebih mesra dipanggil Ah Hock. Berikut petikan ceramahnya :
Waktu tahun 72 saya pergi ke Singapura untuk mengikuti ASEAN Pop Festival. Dan juara Pop Singer Asia Tenggara adalah Rhoma Irama. Di sana saya ngobrol-ngobrol, saya diminta tolong sampaikan hati-hati bahayanya salah Gubernur, saya khawatir Jakarta jadi Singapuranya Indonesia. Dulu Singapura ini wilayah Malaysia, tapi setelah dikepung secara ekonomi, dikuasai secara politik, maka Singapura memisahkan diri menjadi negara sendiri. Negara yang tadinya wilayah Melayu jadi negara Cina, dari negara Muslim menjadi negara Kristen, innalillahi. 
Saya tahun 72 sudah diingatkan oleh Tengku Ghazali Ismail kasih tahu orang Islam hati-hati. Maka ketika sekarang terjadi, saya merinding. Jangan-jangan sinyalemen dari Ghazali Ismail sebentar lagi akan terjadi, kalau umat Islam tidak bersatu, kalau umat Islam tidak menyadari hal ini, bukan mustahil sinyalemen Ghazali Ismail akan terjadi.
Bukan itu sahaja, Rhoma Irama juga membanding-bandingkan bahawa gandingan Fauzi - Nachrowi yang kedua-duanya orang Betawi ( penduduk asal Jakarta) dan Joko yang Jawa dan Zhong yang Cina.

Faktanya, tiada yang bernama Tengku Ghazali Ismail yang ada di Singapura pada waktu itu melainkan Mohamad Ghazali Ismail yang merupakan pemimpin UMNO Singapura yang menyertai PAP setelah Singapura dan Malaysia berpisah. 

Ghazali Ismail serta Yaacob Ibrahim, Presiden Singapura pertama merupakan tokoh PAP yang dihormati di Singapura selepas Singapura merdeka dan kenyataan tersebut tidak mungkin terpacul dari mulutnya. Tambahan pula Ghazali Ismail mewakili parlimen Aljuneid pada ketika itu.

Jika ditanya mengapa PAS hari ini berubah persepsinya terhadap hukum mengundi orang bukan Islam, jawapan sinis teman ialah, mereka telah 'pas baton' kepada Rhoma Irama di Indonesia.

No comments: