Sunday, September 02, 2012

Kibaran Bendera Di Pattani, Sekadar Simbol 'Merdeka', Bukan Hasrat Menyertai Malaysia

Menurut seorang rakan dari Pattani, kibaran bendera Malaysia di wilayah dalam Negara Thai itu bukan bererti mereka mahu menyertai Malaysia. 

Ia dikatakan sebagai simbolik perkataan 'Merdeka' yang menjadi tunjang perjuangan puak separatis di wilayah itu yang menuntut agar wilayah orang Melayu di Selatan Thai itu dimerdekakan.

Kejadian itu disengajakan bertepatan dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 55 iaitu pada 31 Ogos 2012.

" Tidak bermaksud untuk menyertai Malaysia. Malaysia pun tidak pernah terlintas untuk menjadikan Pattani sebagai negeri ke 15. Hubungan baik Malaysia dan Thailand di peringkat tertinggi hari ini. Pasti juga bukan kerja Malaysia. Mengapa ia disalah tafsir. Perjuangan PULO di sana hanyalah semata-mata mahu menubuhkan negara sendiri. Sebab itulah mereka mengibarkan bendera Malaysia atas simbolik kemerdekaan yang disambut di sini. Jika ia disalah anggap, itu adalah anggapan masing-masing. Pihak Thailand sendiri berpendapat seperti saya." - Doramae Hasae, 30.


No comments: