Friday, September 28, 2012

Kompilasi Persembahan Kemenangan Shila Amzah Di Asian Wave, China

Adakah kita jenis menghargai seseorang selepas 'kepergiannya' seperti Sudirman dan P. Ramlee? Mengapa tidak kepada seorang yang masih muda yang menjadi fenomena tiba-tiba ini. Yang dimaksudkan ialah Nur Shahila binti Amir Amzah atau nama komersilnya Shila Amzah. 

 Berusia 22 tahun, Shila telah merangkul kemenangan dengan persembahan luar biasa di khalayak penonton di negara berpenduduk 1.3 billion, China minggu lalu. Kemenangan Shila Amzah ini merupakan pencapaian anak Melayu antara termuda dalam bidang seni suara di persada antarabangsa dan selayaknyalah Shila Amzah diberi sedikit penghargaan seperti mana dikecapi legenda-legenda industri muzik negara ini yang diperoleh mereka setelah 'ketiadaan' mereka. 

Layankan klip video persembahan finale Shila Amzah di pertandingan Asian Wave di mana dia mendapat sokongan kuat dari khalayak penonton China.

 

Di peringkat saringan dan separuh akhir :

No comments: