Malindo Airways, sebuah syarikat penerbangan tambang murah Malaysia yang diusahakan oleh syarikat National Aerospace & Defense Industries Sdn. Bhd. yang barangkali tergolong syarikat GLC, dengan PT Lion Group yang mengusahakan Lion Air dan berpusat di Indonesia akan menggantikan Air Asia yang enggan berpindah ke KLIA2 nampaknya. Adakah benar begitu?
Mungkin Tony Fernandes berpindah ke Jakarta kerana hal ini?
Nampak ke-Asia Tenggaraan juga syarikat penerbangan ini kerana Lion yang menjadi lambang Singapura terpancar pada penerbangan usahasama Malaysia - Indonesia dan tidak sesuai pula untuk menyebutnya penerbangan milik Malaysia. Ini kerana lambang Lion Air di bawah diyakini menjadi imej tonjolan bagi melambangkan penerbangan tersebut.
Jadul banget deh
Malindo Airways penerbangan murah kedua Malaysia
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Malaysia akan mempunyai sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah iaitu Malindo Airways yang akan memulakan operasinya Mei tahun depan.Malindo Airways merupakan sebuah syarikat penerbangan kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dan P.T. Lion Grup dari Indonesia.NADI akan menguasai sebanyak 51 peratus kepentingan dalam Malindo Airways, manakala selebihnya daripada P.T. Lion Grup.Buat permulaan, sebanyak 12 pesawat Boeing 737 dijangka beroperasi di bawah Malindo Airways yang menghubungkan kota-kota besar Indonesia ke Kuala Lumpur.Kuala Lumpur akan digunakan sebagai pusat penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia.Pengarah Presiden P.T. Lion Grup, Rusdi Kirana berkata, Malindo Airways akan berpangkalan dan beroperasi di KLIA2, Sepang, Selangor.Katanya, selain Kuala Lumpur, Bali di Indonesia juga akan dijadikan sebagai pusat penerbangan Malindo Airways ke Australia.Jadi, para penumpang dari KLIA2 boleh menggunakan Bali sebagai transit ke Australia," katanya.Beliau berkata demikian pada taklimat media selepas menandatangani perjanjian kerjasama di antara NADI dengan P.T Lion Grup di sini hari ini.Hadir pada majlis Presiden NADI, Tan Sri Ahmad Johan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment