Tuesday, October 16, 2012

Kesultanan Sulu Tidak Puas Hati Dengan Bangsamoro?

Penubuhan Bangsamoro belum memuaskan hati pihak-pihak tertentu yang jiwanya melekat imej memberontak yang tidak pernah pudar. Contohnya ulasan dari blog Kesultanan Sulu yang meyakinkan bahawa Bangsamoro akan ditentang oleh 'rakyat kesultanan Sulu' kerana enggan dilabel sebagai bangsa Moro.
Mereka perlu bersedia, untuk menerima nasib yang sama sebagaimana yang menimpa Nur Misuari dan MNLFnya iaitu ditipu hidup-hidup oleh Filipina tanpa melaksanakan sebarang komitmen sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian. MILF hanya mahukan TAMATKAN PEPERANGAN sebab mereka tiada pahlawan lasak sebagaimana yang dimiliki oleh Tausug di kepulauan Sulu. Dengan termeterainya perjanjian ini maka secara moral MILF telah berjaya mendapat peluang merampas kuasa pentadbiran dari tangan TAUSUG. Walau pun dia tahu, Tausug di kepulauan Sulu tidak boleh ditadbir oleh sesiapa pun kecuali Kesultanan Sulu. MILF boleh cuba dengan kerajaan Autonomi Bangsamoronya. Dia bakal berhadapan dengan situasi dimana masyarakat Tausug TIDAK MAHU DIGELAR BANGSA MORO apatah lagi sekiranya diperintah oleh kaum yang bukan sebangsa dengan mereka.

Blog tersebut juga menyifatkan Malaysia secara tiba-tiba aktif menyelesaikan masalah ini bertujuan untuk menghalau pendatang-pendatang Mindanao di Sabah berikutan ketakutan bahawa Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang jika isu pendatang tanpa izin Filipina yang kebanyakannya dari kawasan bergolak Mindanao tidak ditangani. (Seolah-olah Sabah tidak pernah diperintah pembangkang - labih radikal, pernah mengugut untuk keluar dari Malaysia).

Kononnya Filipina yang kemuflisan dan selalu menyonglap bantuan dunia Islam ke atas Wilayah Autonomi Islam Mindanao kini terkebil-kebil kerana putusnya bantuan dunia Arab akibat runtuhnya Libya dan Syria, kini mengharapkan Malaysia dalam membantu negara tersebut untuk terus hidup.

Kononnya, selepas penubuhan Bangsamoro, pendatang tanpa izin dari Mindanao akan dihalau pulang dari Sabah.

Kononnya, Malaysia mendesak Filipina supaya 'Bangsamoro' diiktiraf sebagai syarat pelaburan berbillion ringgit yang dapat menyambung hidup Filipina untuk beberapa tahun di masa depan, lalu Filipina akhirnya akur.

Blog Kesultanan Sulu terlalu mabuk dengan tuak 'sejarah hebatnya' sehingga membuatkan mereka begitu teruja untuk menyeluk balang urusan negara ini bagi membasikan isinya alhasil dari tangan mereka yang entahkan bersih entahkan tidak.

Mengapa teman meragui kebersihan tersebut? Kerana mereka TIDAK BERSIKAP POSITIF atas pencapaian terkini di Mindanao dan membuat andaian-andaian yang cenderung kepada pemberontakan.

Lebih hina dan buruk sekali, pemberontakan yang diandaikan mereka ialah antara Sulu dan Bangsamoro. Sudah puas menentang Kristian Filipina, kini mereka merancang menentang sesama Islam.

Setelah 120,000 nyawa melayang atas nama jihad menentang kafir, berapa puluh ribu lagi yang mereka ingin layangkan atas peperangan sesama Islam yang mereka unjurkan dalam pemikiran mereka atas nama fahaman kebangsaan?

Asabiah, jumud dan keterlaluan. Itulah apa yang patut disifatkan kepada pengendali blog Kesultanan Sulu sedangkan Sultan mereka yang terbaru kini berwarganegara Malaysia atas prinsip jus soli yang tidak difahami oleh rata-rata pribumi Sabah. Yang ini diakui pula oleh si pentadbir blog. Mungkin mengenangkan sultan mereka berkewarganegaraan Malaysia.

Mereka menarik politik Malaysia dalam permasalahan mereka, melaga-lagakan kelompok Nur Misuari dengan kelompok yang memeterai Bangsamoro semalam dan pada masa yang sama mencadangkan bahawa rakyat Sulu akan bangun menentang perlabelan mereka di bawah Bangsamoro.

Menjadi bangsa yang kuat suatu masa dahulu memang wajar dijadikan kemegahan sejarah. Tetapi nasib hari ini ialah kehendak Allah SWT yang menentukan jalan takdir sesebuah bangsa yang diubah dek perlakuan bangsa itu sendiri.

Bersatulah dan bermusyawarahlah demi masa depan yang lebih baik. Berperang angkat senjata sedang anak bangsa buta huruf terjun tiruk dari rumah atas air sedangkan mereka juga ingin maju mengikuti arus kemodenan, adalah sebenar-benar ketidakadilan bagi mereka dari seorang cerdik pandai yang hanya bergenta perang dalam hati. Itu benar-benar pentingkan diri sendiri. 

Tiada guna 'berjuang' atas nama bangsa segala andai bangsa sendiri dijadikan alas kaki untuk berjalan megah dimuka bumi dengan penuh ketidakadilan. Namun si pembicara hidup senang di kepuk padi. Susah-susah, buat referendum mintak Sulu menyertai Malaysia jadi negeri ke 15.

Sila fahami hakikat bahawa anak-anak Suluk  di Sabah contohnya di Pulau Mabul ini ialah rakyat Malaysia, berdasarkan prinsip jus soli.

Baca artikel yang dirujuk DI SINI

11 comments:

Anonymous said...

Salam

Kerana perpecahan sesama Islam, maka tiulah Islam menjadi lemah.
Keturunan sulu juga penuh dengan kezaliman, pengkhianatan, perbuatan2 zalim dll, maka itulah keturunan sulu hina seperti sekarang.
Tak perlu berbangga keturunan sulu, jika dimata dunia hanyalah satu suku yg hina dan lemah segenap sudut.
Sedarlah, hanya dgn kesatuan2 sesama Islam yg akan mengembalikan kekuatan keseluruhan......

Saudara Islam

IPOH MALAY said...

sedih membaca bahawa mereka masih ingin memberontak ke atas bangsamoro! islam vs islam. ini betul tak sedar diri. sifat inilah yang membuatkan kegemilangan mereka dipunahkan Tuhan.

Anonymous said...

Kesejahteraan dan pembangunan Umat Islam perlu diutamakan dari kelompok Raja sulu yg masih bermimpi kemewahan .Tidak perlu melayan kerena mereka yg selama ini ..bersenang diri.. Jualan Dato Melindo diMalaysia perlu diharamkan dan dilarang Raja penggunaannya..Kerajaan perlu memeklumkan di sidang majlis raja raja Melayu..
Penjualan berleluasa banyak memberi implikasi dan mencacatkan kemuliaan dan hurmat pada raja raja melayu..dalam jangkamasa panjang..

RangeRimba said...

Assalamualaikum Tuan,saya rasa tak perlu kita berbicara soal zalim...saya nk tanya mana lebih zalim?kafir atau Kesultanan itu sendiri...pada hemat saya tidak semua Sultan Sulu itu zalim, mungkin seoarang dua.Sadangkan kita dinegara ini belum selamat lagi,pihak kafir makin meracuni fikiran anak2 muda kita.Kalau kita panjang umur (Insya Allah),kita akan melihat kejatuhan bangsa Melayu di bumi ini sekiranya kita mempersiapkan generasi berikutnya dengan ilmu yang teguh.

Unknown said...

salam ''jika mindanao nak masuk malaysia kan bagus

Anonymous said...

nk jadikan sebahagian dari malaysia adalah mustahil.kena fahamkan dahulu sejarah serta apa maksud sebuah kemerdekaan.

Anonymous said...

salam..
saya setuju dgn penulis..
susah2 sgt kepulauan sulu masuk malaysia je..Insyaallah kesultanan anda akan lebih terjamin..
dan sulu akan jd negeri yg ke-15:-)

Rhadz said...

tidak mustahir bagi sesama islam membuat pendamaian n kepantingan agama n bangsa.kerna kita umat islam tidak dapat d kalahkn dngan brperang serta kita d perangi dengan fikiran oleh orang2 kafir.dngan mracuni fkiran n mngapi apikn sesama islam agar brperang.setelah saddam husen dpt d kalahkn oleh kafir jd mreka memikirkn cara ntk mnumpaskn kaum islam lain dngan akal fkiran..

Unknown said...

abaikan sulu, bangsa moro, selatan pilipina. lihat la negara kte sndri ni 'malaysia'... negara kte trlalu mgejar "permodenan" sehinggakan islam sndri mnjadi moden.. anak2 muda tidak belajar $ di biarkan mgikuti budaya barat. makayah mbiarkan anak2 "berpakaian tpi seolah2 telanjang".. blajar brsungguh2 tpi agama skadar solat 5 wktu (xtaw la dowg fhm ke x ape yg dowg bca dlm solat)...yg halal telah brcmpur aduk ngan haram.

malaysia x lme lgi akan hncur atas prbuatan mreka sndri, brunai ptut d cntohi, kembali la kta pd ajaran islam yg sbenar, smoga Allah SWT mnyelamatkn kte di negara ini.

Unknown said...

brunei??pun sama juga..org2 nya bila keluar negara masuk clubbing juga..minum arak dh mcm minum air biasa...

Unknown said...

brunei??pun sama juga..org2 nya bila keluar negara masuk clubbing juga..minum arak dh mcm minum air biasa...