Wednesday, November 07, 2012

Pemandangan KLIA2 Dari ISS

Ada pihak yang menyebut kos pembinaan lapangan terbang KLIA2 yang dikatakan menggelembung sehingga RM 5 billion ini sebagai tidak masuk akal untuk pembinaan kompleks lapangan terbang.

Sebenarnya, yang dibina ialah sebuah lapangan terbang baru beserta landasan yang baru. Bukan pembinaan terminalnya sahaja seperti yang kerap dimainkan jutawan lari keluar negara, Tony Fernandes yang mempunyai penerbangan tambang murah Air Asia.

Dia pernah menyebut bagaimana terminal KLIA 2 seluas 250,000 meter persegi bernilai RM 5 billion berbanding Terminal 5 Heathrow yang seluas 350,000 meter persegi dengan nilai 4.5 billion pound.

Kesengajaan enggan menukar nilai tukaran ringgit dan pound sterling itu seolah-olah sengaja mahu menimbulkan polemik.

Sebutan pembinaan terminal sahaja mungkin tidak tepat memandangkan pembinaan KLIA mencakupi pembinaan landasan yang baru juga.

Sikap tidak menyokong si Tony Fernandes membuktikan belangnya sebenar. Sehinggakan para-para pemain sentimen berlumba-lumba merendahkan keupayaan berfikir mereka dengan mempertikaikan apa gunanya pembinaan sebuah lapangan terbang baru itu. 

Mereka lupa, bahawa untuk jangka panjang, ia memberi keuntungan kepada negara dari segi kos di masa depan. Belajar tinggi pun zaman skang tak menjamin keupayaan berfikir nampaknya.

Sikap berpolemik Tony Fernandes inilah yang amat disangsikan dan layaklah Air Asia yang menjual mahal itu tidak berpeluang menjadi operator penerbangan sulung di KLIA2 sebaik ia beroperasi pada tahun depan.

Selamat terbang, Malindo Air.

Imej dari ISS bertarikh 23.09.2011 menunjukkan pembinaan KLIA yang sedang giat dijalankan.

No comments: