Monday, February 04, 2013

Tangguh 66 Kali Bukti Sistem Kehakiman Negara Semakin Mundur Dan 'Lapar'.

Menangguhkan sesebuah kes sehingga 66 kali dan berhujung dengan pembebasan tertuduh bukan lambang sistem kehakiman negara ini semakin baik.

Yang meloncat bak beruk cumalah mereka yang kononnya mengatakan sistem kehakiman negara ini semakin baik HANYA penyokong tertuduh setelah binatang yang kena tuduh dibebaskan.

Menangguhkan sesebuah kes sehingga 66 kali juga menimbulkan tanda tanya, syak wasangka dan memberi persoalan besar pada nilai integriti sistem kehakiman negara ini.

Secara jujurnya, sejak Anwar Ibrahim mempermainkan mahkamah negara ini, apa yang dapat dilihat ialah, sistem kehakiman negara ini sangat terdedah kepada korupsi. Sangat jelas mendedahkan sang hakim kepada  peluang mengatur kes dengan imbuhan. Tambahan pula jika si hakim sendiri mempunyai rekod tidak bersih dan berkedudukan bias. 

Maka tiada apa yang perlu dibanggakan dengan sistem kehakiman negara jika semakin lama semakin caca-marba dek terjangkit sial dari Anwar.

Siapa tidak kenal Bapa Korupsi Negara yang memperkenalkan politik wang ke dalam UMNO pada tahun 1993?


Mohd. Yusof mesti beri penjelasan kes liwat Anwar

Mohd. Yusof


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130204/ma_01/Mohd-Yusof-mesti-beri-penjelasan-kes-liwat-Anwar#ixzz2JuePpqG3
© Utusan Melayu (M) Bhd 



KUALA LUMPUR 3 Feb. - Bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden diminta memberi penjelasan kepada rakyat berhubung tindakannya yang seolah-olah membenarkan pihak pembelaan melengah-lengahkan proses perbicaraan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, persoalan timbul kerana Mohd. Yusof tidak membantah permohonan penangguhan oleh peguam Anwar yang juga Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 2 Februari 2010.

Menurut beliau, Mohd. Yusof dilihat memberi laluan mudah kepada Karpal dalam usaha mereka melengah-melengahkan proses perbicaraan.

"Sekiranya Mohd. Yusof membantah dengan tegas, pasti hakim memberi perhatian sewajarnya dan menolak permohonan penangguhan yang dibuat sebanyak 66 kali," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130204/ma_01/Mohd-Yusof-mesti-beri-penjelasan-kes-liwat-Anwar#ixzz2JudJPINQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: