Monday, March 11, 2013

Ceramah PKR Dihadiri 60 Orang Di Taman Perpaduan

Teman dapat gambor yang dikirim dari kampung halaman teman, Taman Perpaduan, Ipoh mengenai ceramah PKR yang diadakan di Taman Perpaduan malam semalam. Kata dek demer, yang mendengar ceramah tu tak sampai 100 orang. Kalau tak salah, 60 orang. 

Main lah sangat nak berceramah di penempatan pesara polis dan tentera di kala isu pembangkang menghentam polis dan tentera tak berkesudahan ni. Isu-isu lapuk dimainkan dan menurut sumber, artis cucuk muka, Pian Cecupak dijemput bagi menghambarkan lagi ceramah tersebut dengan lawak-lawak bodoh syok sendiri.

Menurut empunya gambor, ceramah tersebut bagi memperkenalkan seorang usahawan bernama Thinakaran,   yang katanya mahu bertanding di DUN Hulu Kinta atas tiket PKR menentang calon UMNO. Berangan belum selesai.

Untuk rekod, Taman Perpaduan mempunyai lebih kurang 10,000 orang penduduk manakala Jelajah Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu yang turut sama menyanyi lagu 'Sabah Nak Hilang' hanya dihadiri kira-kira 300 orang.




Kata dek kawan teman, si Yop Jalan Lebor? Yop Jebelor? pun ada. Maka lebor la mata dia sekarang yang kehadiran mereka di Taman Perpaduan adalah tindakan memalukan diri sendiri. 

Orang-orang tua berketayap putih yang mulanya ada, terus beransor sorang demi sorang kerana apabila program dibiaya oleh seorang bukan Islam, PKR menjadi parti yang tak akan menyebut soal Islam.

6 comments:

Orang Taman said...

Mike jalan belakang sikit dari tempat gambo pertama diambik, jalan lagi sampe le mike terserandung kat depan ghumah seseorang. Ha, kalau nak tau.. tu la ghumah oghang kuat PGayR, tapi penyokong utama Mat Syabu.. mane je Mat Syabu ade buat ceramah, tuan punye ghumah tu pergi. Dulu koje padam api, la ni dah bersara. Tapi dalam maki hamun kerajaan, BR1M tetap ambik jugak. Ate macam mane tu...??

Malam ni ade pasar malam kat tempat ni oo... ate moh le kita meriah kan majlis. Kalau majlis sambut peliwat, tak payah datang pun takpe. Asyik kene hulur dalam karung guni PGayR je..

IPOH MALAY said...

ooo.. yang jual minyak tu ke? atau yang homestay bersepah tu.. rasanya yang 'berumahkan' rumah kedai, sampai sesuka hati moyang dia block laluan, si penjual minyak pelincir tu.. anak dia mat rempit, dua minggu sudah eksiden di jalan bawah..

Anonymous said...

bukan.. bukan.. yang dimaksudkan ni ghumah teres satu tingkat je. bukan ghumah kedai..

Anonymous said...

Ade mat rempit yang eksiden baru2 ni ke?? Padan dek muka depa pun, pagi2 buta memekak tak kenal malam atau siang dah, asyik merempit je kat jalan sunway sampai taman mewah tu...

IPOH MALAY said...

oo.. rumah tepi tu ke? takpe, nanti teman hanto flyers kat rumah sederet tu. bior celik. ye benor kaki ngekor mat syabu? sahih syiah.

ade.. mat rempit langgor kereta.. tu puak haram jadah jugak tu main kejor2 ngan polis. kalo ditembak , jadi isu.. bila dihalau polis, diacan-acannye lagi.. suruh kejor demer.. banyak budak luor.. haram jad betul.. salah asuhan mak bapak gamaknye.. anak siapa la agaknya.

Anonymous said...

hehe, betul la ghumah tu. Lalang kat tepi umah naik tak berjaga pun. Tapi ade hati nak 'jaga' politik malaysia pulak.

Pasal mat rempit tu, aku syorkan polis duduk diam je. Biar orang taman yang bertindak. Mampus sekor-sekor nanti baru serah kat polis. Baru depa ade akai sikit... hehe