Khamis, Mac 21, 2013

Majlis Peguam Sedia Khidmat Guaman Kepada Pengkhianat

Bagi memenuhi tuntutan undang-undang negara ini dan undang-undang antarabangsa, Majlis Peguam berbesar hati menawarkan bantuan guaman kepada mereka-mereka yang ditahan di bawah Ops Daulat kerana didapati terlibat membantu Sultan Sulu palsu dalam pencerobohan bersenjata ke atas kedaulatan negara ini.




KUALA LUMPUR — Majlis Peguam Malaysia akan menemui Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Persatuan Undang-undang Sabah berhubung kerjasama untuk memberi bantuan guaman kepada semua tahanan di bawah Ops Daulat.
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong berkata hari ini, majlis itu menyambut baik tawaran Peguam Negara kepada Badan Peguam Malaysia dan persatuan itu untuk memberi bantuan guaman kepada tahanan berkenaan.
Jumaat lepas, Abdul Gani berkata, Majlis Peguam dan Persatuan Undang-undang Sabah akan bekerjasama ke arah usaha ini.
Leong berkata langkah itu selaras dengan obligasi Malaysia untuk mematuhi keperluan undang-undangnya dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan standard hak asasi manusia.
Lebih 100 orang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 berikutan serangan pengganas di Lahad Datu dan Semporna baru-baru ini. - Mynewshub

2 ulasan:

carlos berkata...

Nak cover line supaya pengkhianat tak bukak citer pasal siapa dalang sebenar

General Kizaru berkata...

KALU ADER LAH SEORANG MASTERMIND YANG MENGAWAL PEMBANGKANG ORANG ITU SGT DIYAKINI ADALAH DARI MAJLIS PEGUAM. YANG SECARA PERLAHAN TAPI PASTI CUBA MENERAPKAN NEW WORLD ORDER CIPTAAN AMERIKA DAN ISRAEL KE NEGARA KITA. MAJLIS PEGUAM SALAH SATU ALAT MEREKA UNTUK MENGHURU HARAKAN NEGARA KITA. OARNG ORANG YG CINTAKAN KEAMANAN BUKALAH MATA DAN FIKIR2KANLAH APA YANG BERLAKU DI SEKITAR KITA@ DUNIA INI.