Ahad, April 21, 2013

N23 Manjoi : PAS Tambun Lagakan Pemimpin UMNO - Ziad dan Azizul Kama


BN PUSAT TIDAK HIRAUKAN HASRAT AHLI BAWAHAN UMNO MANJOI

>> TUESDAY, APRIL 16, 2013



Azizul Kama menerima cenderati dari persatuan india muslim
Mohd Ziad



Dalam masa calon-calon bergembira dan tidak sabar-sabar untuk menunggu hari mengundi, ahli-ahli UMNO Manjoi tidak boleh menerima hakikat bahawa hasrat mereka untuk menobatkan anak kelahiran Manjoi dan mengadakan program-program kebajikan sejak kebelakanngan ini iaitu Sdr Azizul Kama,  tidak kesampaian, ini kerana dalam pengisytiharan nama 'underdog' yang di sebut sebagai calon BN N23 Manjoi iaitu Mohd Ziad Dato Zainal seorang ahli Koperat , beliau seorang yang bersahsiah tinggi dan bekas pelajar Sekolah Menenggah Izzuddin Shah Ipoh.

Kelihatan pada malam ini (16 Apr) beberapa bilik gerakan yang sebelum ini ceria telah gelap dan tidak seperti biasa hinggar binggar dengan anak-anak muda dan tayangan wayang pacak mereka, apakah mereka akan berpaling tadah seperti Hj Suhud dan rakan-rakannya atau merajuk kerana tidak tercapai apa yang mereka harapkan.

Apabila di tanya kepada salah seorang ahli koperat UMNO beliau menjawab inilah budaya UMNO menjelang pilihanraya.

1 comments

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dolu 2008 kami Undi Pas....tahun ni minta Mahap...kami UNDI BN ! kami dah jemu meluat dgn Parti Ceramah Siang Malam..!! JOM ramai2 UNdi BN

مهمد شفاريز berkata...

Kami yg tanpa nama?