Selasa, April 16, 2013

PKR tanding 9 kerusi Parlimen, 19 DUN di Perak



IPOH 16 April - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan calon parti itu yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU-13).

Anwar berkata, dua kerusi yang masih dirundingkan ialah Parlimen Sungai Siput dan DUN Manong.
"Adalah normal bagi parti dalam pakatan untuk mempunyai pendapat tersendiri dalam penentuan kerusi. Kita menjangkakan dapat mencapai keputusannya tidak lama lagi," katanya ketika berceramah di Jalan Pemimpin, Manjoi di sini.

Sembilan calon PKR yang akan bertanding di kerusi Parlimen ialah Dr. Muhammad Nur Manuty (Bagan Serai), Dr. Meor Ahmad Isharra Meor Ishak (Padang Rengas), Siti Aishah Sheikh Ismail (Tambun), Dr. Lee Boon Chye (Gopeng), K. Vasanthakumar (Tapah), Mustaffa Kamil Ayub (Pasir Salak), Laksamana (B) Imran Abdul Hamid (Lumut), Madhi Hassan (Bagan Datoh) dan Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Tanjung Malim).

Selain itu, 19 kerusi DUN yang menjadi pertaruhan PKR ialah Pengkalan Hulu, Temenggor, Kenering, Kota Tampan, Batu Kurau, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Kuala Sepetang, Ulu Kinta, Bukit Chandan, Bota, Tualang Sekah, Simpang Pulai, Teja, Chenderiang, Sungai Manik, Pangkor, Hutan Melintang dan Behrang.

Pakatan pembangkang masih belum menentukan calon untuk kerusi Parlimen Sungai Siput selepas Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan untuk bertanding di situ menerusi penyandangnya, Dr. Jeyakumar Devaraj yang menggunakan tiket PKR pada 2008. - UTUSAN ONLINE


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tambun untuk BN... PKR boleh pergi mampus...!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Setuju!!!!

مهمد شفاريز berkata...

La,itu je mu boleh ckp?anak sdara sy pun pndai ckp mcm tu,

مهمد شفاريز berkata...

Kamu ni pulak setuju di mana?

Tanpa Nama berkata...

setujulh hang otak boh kt bontot mcm bos hang yg suka bontot tu bingai tahap gaban hang anon843