Saturday, April 27, 2013

PR Berlagak Tuhan, Jaja Mereka Akan Menang PRU13 Tanpa Rasa Bersalah


Bila 13 juta umat mengundi, ia telah menjadi kuasa dan pengetahuan Allah sebulat-bulatnya dalam menetapkan pihak manakah yang akan menang PRU kali ini.

Tetapi indeks ketakburan, riak dan psikologi mainan Pakatan Rakyat yang dengan yakin meletakkan kuasa rakyat sebagai kuasa keramat yang kononnya menjadi penentu bahawa mereka semestinya akan menang PRU ke 13 adalah tindakan yang langsung tidak Islamik.

Ini kerana mereka telah menafikan kuasa super keramat di atas sana yang menentukan siapa yang akan menang PRU ke 13 ini.

Sebagai orang Islam, kita tentulah berpegang pada iktikad bahawa Allah telah mengetahui rahsia soal siapa yang menang kelak kerana ilmunya jauh agung dari ilmu manusia.

Tetapi, perlumbaan mengejar kuasa telah membuatkan mereka menafikan batas bahawa meramal adalah berjudi dan mengundi adalah perhitungan nasib.

Mengundi dicela dengan kisah Nabi Yunus ditelan ikan yu telah menjadi iktibar utama. Ini kerana pengundian melibatkan tindakan menentukan untung nasib dengan cara pemilihan rawak yang tidak melibatkan pertimbangan intelektualiti. Ini diperkuatkan lagi dengan kaedah tiada siapa yang dipertanggungjawabkan atas undi mereka kerana undi adalah rahsia.

Mengikut logika Islam, setiap pemilih yang berhasrat mengemukakan pilihannya perlulah diketahui siapa orangnya dan apa pilihannya. Maka ketelusan atas nama siapa dan apa pilihannya menjadi asas pengundian.

Namun, sistem pilihanraya negara ini mengumpulkan pengundi berdaftar, membuang undi dengan kerahsiaan hanya meletakkan proses tersebut melalui fasa 'unpredictable' sebelum memasuki fasa pengesahan jumlah undi dikira.

Proses 'unpredictable' ini sama sahaja dengan halnya Nabi Yunus mencabut undi sehingga akhirnya dia ditentukan Allah melalui cabutan 'unpredictable'nya , disingkirkan dari perahu yang terlebih muatan tersebut.

Tentulah Nabi Yunus dengan penuh yakin bahawa Allah tidak akan mengecewakannya kerana dia merupakan seorang pengutus agama Allah. Namun kebencian Allah ke atas proses undi tersebut telah membuatkan kisahnya menjadi pengajaran ke atas umat terkemudian bahawa jangan terlalu riak, takbur, yakin dan meletakkan batu asas bagi Tuhan membina jalan dari batu asas yang dibina melalui riak ketakburan tersebut.

Jangan melampaui kuasa Tuhan. 

No comments: