Masa yang diambil untuk Pak Lah meletak jawatan cukup panjang. Desakan untuk beliau meletak jawatan mencapai kemuncaknya pada 8 Mac 2008 di mana ramai rakyat menzahirkan undi protes pada PRU12. Namun peralihan kuasa hanya berlaku pada 3 April 2009.
Jika difikirkan lojiknya, Najib telah memikul tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri selama satu tempoh kebiasaan penggal-penggal pemerintahan kerajaan memerintah di negara ini iaitu antara 4 hingga 5 tahun.
Walaupun Yahoo! Malaysia yang dilobi pembangkang negara ini menyebarkan berita bahawa pembubaran parlimen bakal ditangguhkan dengan alasan kerana Najib akan melakukan umrah minggu depan, namun khabar bertiup kencang bahawa Najib akan membubarkan parlimen hari ini.
Tan Keng Liang, aktivis maya Gerakan Kedah menulis dalam Twitter bahawa jam 11.30 pagi ini, PM akan berucap secara langsung di TV dan membawa khabar besar.
Sementara itu di Putrajaya, satu program besar yang disertai Najib Razak akan diadakan petang ini iaitu Kayuhan Patriotik 1 Malaysia.
Cerita-ceriti pembubaran parlimen hari ini dipersedapkan dengan ulangtahun ke 4 Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Walaubagaimanapun, bila masa pun pembubaran parlimen itu bakal mengambil tempat, sesungguhnya rakyat telah membuat pilihan.
Pilihan yang baik tentulah pilihan untuk masa depan yang memberi jaminan kelangsungan ekonomi yang meyakinkan.
Tetapi daya fikir dan daya analisis rakyat jugalah yang menentukan. Bukankah bodoh sekiranya seorang yang belajar tinggi, bergaji tinggi, bernafsu besar pada kereta-kereta mewah, memutuskan untuk mengundi Pakatan Rakyat hanya kerana janji harga kereta murah dan cukai pendapatan didiskaunkan?
Semoga contoh Melayu kuno seperti ini tidak diperturunkan. Melayu yang terperdaya dengan teori kaedah medapatkan undi 'orang-orang lemah akal'.
Selamat menghadapi PRU ke 13.
No comments:
Post a Comment