Rabu, Mei 01, 2013

Gempar : Bapa Saiful Buat U-Turn, Dakwa Kes Liwat Bukan Konspirasi. Apa Kes?

Menafikan anaknya diliwat konon pengakuan dipengaruhi pihak tertentu. Mengiyakan anaknya diliwat konon penafian dipengaruhi pihak tertentu. Hidupnya mudah benar terpengaruh dgn orang ye? Semoga Saiful Bukhari mendapat keadilan sewajarnya. Oh, tak lupa juga, semoga Tulang Besi mendapat tulang sewajarnya. Haha.


Bapa Saiful tarik balik permohonan maaf kepada Anwar, dakwa kes liwat bukan konspirasi

OLEH MD IZWAN
MAY 01, 2013
KAJANG, 1 Mei ― Bapa kepada Saiful Bukhari hari ini membuat keputusan mengejut apabila menarik balik permohonan maafnya yang dibuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu, mendakwa beliau telah dipengaruhi pihak tertentu untuk bertindak sedemikian.
Pada 8 Mac lalu, Azlan Mohd Lazim (gambar) dalam satu sidang media tertutup telah meminta maaf kepada Anwar dan sekeluarga, mengakui kes liwat melibatkan anaknya adalah satu konspirasi politik.
“Saya hari ini ingin menarik balik permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ingin menegaskan kes liwat anak saya adalah benar.
“Ia bukan satu konspirasi politik,” kata Azlan dalam satu sidang media di Ibis Styles Hotel disini.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bapa mana yang tak sayangkan anaknya

Tanpa Nama berkata...

syukur Allah membuka pintu hati beliau utk maruah anaknya saiful

IPOH MALAY berkata...

Berkat doa anaknya tanpa jemu dan kasih sayang anaknya terhadap bapanya walaupun diperlakukan sedemikian dua bulan lalu. Semoga Anwar kalah besar.

Tanpa Nama berkata...

Amin Ya Allah... setup satu majlis doa dan solat hajat utk keamanan Msia sebelumPRU13. Moga yg dirasuk setan kembali normal...

Tanpa Nama berkata...

Dah insaf? bagus le.. jadi tak sia2 pengorbanan Saiful selama ini. kita dpt lihat AnuWow semakin celaru dan keliru.. dia dah gelabah bila semakin ramai rakyat yg menolak parti dokongannya! Bapak Gay ini akan tewas di Permatang Pauh kali ini berkat doa rakyat Malaysia!