Wednesday, May 29, 2013

Ketua Pemuda Tahi Kuda PAS

Penduduk selar Ahli Parlimen Pas

Penduduk mengadakan demonstrasi secara aman menyelar sikap pilih kasih Nasruddin Hassan berhubung bantuan mangsa ribut di Temerloh, semalam.

TEMERLOH 28 Mei - Seramai 30 penduduk rumah pangsa Taman Sri Kemuning di sini hari ini, mengadakan demonstrasi secara aman menyelar tindakan Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan yang mengamalkan sikap pilih kasih dalam pengagihan bantuan bencana alam untuk mangsa ribut pada 15 Mei lalu.

Beberapa penduduk mendakwa, Nasruddin melalui wakilnya hanya memberikan bantuan kepada ahli Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penduduk yang tidak menyokong parti tersebut diketepikan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Megat Segama, Mohd. Nordin Mohd. Sham memberitahu, tindakan mengagihkan bantuan kepada penyokong sendiri sahaja menunjukkan mereka tidak berpegang pada slogan Negara Berkebajikan yang dilaungkan.

"Sebagai wakil rakyat, Ahli Parlimen Temerloh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed juga daripada Pas sepatutnya mengetepikan soal parti dalam memberi bantuan kepada semua mangsa tanpa mengira fahaman politik mereka.

"Ahli Parlimen sebelum ini, Datuk Saifuddin Abdullah dan penyelaras Barisan Nasional (BN) Kuala Semantan mengagihkan semua bantuan kepada penduduk yang ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut, pesakit kronik dan sebagainya tanpa mengira ahli parti mana," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi tersebut.

Seorang lagi mangsa, T. Sangamalam, 73, berkata, sebelum ini, ada pihak datang membuat bancian penduduk yang mengalami kerosakan rumah ekoran kejadian ribut itu dan meminta beliau hadir pada majlis menerima bantuan daripada ahli Parlimen.

"Apabila saya hadir pada majlis itu 22 Mei lalu, mereka memberitahu nama saya sudah dipotong daripada senarai penerima bantuan.

"Saya berasa cukup kecewa kerana bantuan itu diharap dapat digunakan untuk membaiki beberapa bahagian rumah yang rosak akibat bencana tersebut," katanya.

Bagi Roslaini Mohd. Amin, 54, Nasruddin sepatutnya tidak lagi berpegang pada kedudukan parti dalam mengagihkan bantuan kerana beliau kini wakil rakyat untuk seluruh penduduk di Parlimen Temerloh sama ada yang menyokong beliau atau pun BN.

"Beliau sepatutnya tidak boleh mengambil sikap sedemikian, sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, menjadi tugas beliau membantu semua penduduk yang dilanda bencana alam," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130529/po_07/Penduduk-selar-Ahli-Parlimen-Pas#ixzz2UfbhwbN6 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

usin said...

dia ni wakil rakyat temerloh ke wakil orang pas temerloh? apa punya bodoh la mangkok ni. tp, lebih bodoh lagi majoriti org temerloh yg pilih dia jd wakil. bodoh beringkat-tingkat hahahahaha. tp, kalau pilih saipudin pun bodoh jugak!!!????