Saturday, July 27, 2013

Apa kesan kaedah baharu pemilihan UMNO?


UMNO dilihat cuba membawa transformasi. Namun pertimbangan Presiden tidak sama dengan pertimbangan akar umbi. Rejuvenikasi UMNO tidak mengambil tempat di peringkat akar umbi.  Muka-muka lama peringkat cawangan masih dikuasai 'orang lama' , berbelas tahun ditampuk kuasa, dan mengamalkan konsep tertutup.

Ini diperparahkan lagi dengan kepercayaan yang diberi oleh para Ketua Bahagian yang mempunyai sentimen rakan lama dengan penyandang cawangan. Dasar tertutup dan eksklusif melingkari cawangan dan hilang terus penyertaan golongan muda bagi merebut banyak peluang yang disediakan kerajaan memerintah, akibat dasar para penyusahcara ini. 

Maka apakah natijah pembaharuan sistem pemilihan yang cuba diperkenalkan, tunggu dan lihatlah.

Kaedah baharu pemilihan UMNO





KUALA LUMPUR 26 Julai - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin proses pemilihan parti itu yang bakal berlangsung tahun ini bukan sahaja menjadikan parti terbesar orang Melayu tersebut lebih kuat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah lebih berorientasikan rakyat.

Jelas beliau, dengan pemilihan barisan kepimpinan parti bakal ditentukan seramai 150,000 ahli yang layak mengundi selaras dengan perlembagaan baru, UMNO bukan sahaja lebih terbuka dan demokratik tetapi percaya lebih ramai pemimpin yang bakal dipilih nanti merupakan tokoh yang diterima rakyat.

Hasil transformasi ke atas UMNO katanya, ahli-ahli parti itu berupaya memilih pemimpin yang dapat meletakkan parti teras dalam Barisan Nasional (BN) itu di atas asas lebih kukuh dan pada masa yang sama menjadikannya sebagai wadah yang bukan sahaja diterima baik, malah menjadi pilihan rakyat.

"Inilah yang paling penting sekali. Kita bukan sahaja mahu pemimpin berjaya dalam parti tetapi turut berjaya dalam pilihan raya. Sebagai parti pilihan rakyat kita mesti mengetengahkan pemimpin yang disenangi rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT) di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta kesemua ketua sayap parti.

Dalam pada itu, Najib percaya pada pemilihan yang bermula 7 September dan berakhir pada 5 Oktober nanti lebih ramai muka baru akan terpilih, namun keputusan akhir katanya terletak pada tangan ahli kerana mereka bertanggungjawab memutuskan siapa bakal diangkat sebagai barisan kepimpinan UMNO.

Menurutnya, pendaftaran calon bagi semua jawatan bermula 7 September sebelum disusuli persidangan serta pemilihan sayap pergerakan yang akan dibuat pada 28 September, manakala persidangan perwakilan bahagian serentak dengan pemilihan Majlis Tertinggi pula berlangsung pada 5 Oktober.

"Mereka yang berminat bertanding MT, bahagian dan sayap pergerakan parti boleh mendaftar sebagai calon di Badan Perhubungan UMNO negeri pada 7 September ini.

"Tarikh Perhimpunan Agung UMNO pula akan berlangsung mulai 2 hingga 7 Disember iaitu dari hari Selasa hingga Sabtu," katanya.

Mengenai keahlian terbaru UMNO, Najib berkata, terdapat penambahan 113,959 ahli baru dari 1 Januari hingga 22 Julai tahun ini menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 3,441,946 ahli.

Sementara itu Najib turut mengumumkan pelantikan enam pengerusi baharu Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Timbalannya bagi Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor yang diputuskan dalam mesyuarat MT hari ini.

UTUSAN

2 comments:

Anonymous said...

dalam PRU13..aku aktif dalam mesyuarat umno di PDM xxxxxx.

aku berusaha bersuara dan beri idea, tapi setiap kali bersuara, ketua cawangan tukar tajuk lain dan tinggal aku tersipu malu.

dah jadi tradisi bila ahli baru berpelajaran tinggi dicantas oleh ketua yg.dah lama pegang jawatan dan rendah akademi.

gen2felda

Anonymous said...

status quo jer tuan presiden. lagi pun tuan presiden bakal menang tanpa bertanding..skrip lama diulang-ulang. akhir ceritanya tetap sama. bila agaknya umno betul2 akan berubah??