Setelah menerima tekanan dari organisasi Islam dan para blogger Muslim di negara ini, " Duta Vatican City " Joseph Marino memohon maaf atas kenyataannya yang seolah-olah disifatkan tidak disangka menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini serta mencampuri urusan negara ini.
Kalimah Allah: Duta Vatican City mohon maaf
KUALA LUMPUR 16 Julai - Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino memohon maaf berhubung kenyataannya yang telah mencetuskan keresahan di kalangan rakyat negara ini.
Permohonan maaf tersebut disampaikan oleh Duta Vatican pertama ke Malaysia itu dalam pertemuannya dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra pada kira-kira pukul 12 tengah hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, Marino menjelaskan bahawa komen beliau itu tidak mempunyai sebarang niat sebagai mencampuri urusan dalaman Malaysia. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130716/dn_37/Kalimah-Allah-Duta-Vatican-City-mohon-maaf#ixzz2ZDXsqNrk
© Utusan Melayu (M) Bhd
Dipetik dari terjemahan Sinchew Daily :
(Kuala Lumpur, 16 Julai) 佐瑟夫马里诺 Vatican ambassador in Malaysia pointed out that he never intended to intervene in the internal affairs of Malaysia, but his remarks could cause misunderstanding and apologize for any inconvenience.
2 comments:
BUAT STATEMENT HINA, LEPAS TU MINTA MAAF.
KERAJAAN PUN OKAY.
LEMBUT SANGAT.
HAPPENED TOO MANY TIMES.
KALAUBSINGAPORE TERUS MASUK JAIL, NO MAAF MAAF.
MALAYSIAN GOVT TERLALU LEMBUT.
INILAH JADI NYA.
BUAT MAAF LEPAS, BUAT MAAF LEPAS.
BUAT LAGI, MAAF LEPAS LAGI.
NO MEANING LANGSUNG.
Bagus gitu dear Duta Vatican.
Semasa sya diConvent dulu2, Reverend Mother serta Nuns yang mendidik kami sedikit tak usik anak2 Melayu Islam, murid2 lain yang beragama Buddhist, Hindu, Taoist dan lain2 yang belajar diSekolah kami. Kami begitu menghormati mereka sebagai guru dan amat menghargai sumbangan mereka membantu anak2 dari golongan agama lain turut saja menuntut ilmu dari mereka.
Sama juga abang adik lelaki saya dsekolah missionary, priest2 kat sana gitu memberi segala respect sama rata kepada semua dan tidak sekali masuk campur hal2 Agama lain.
Mereka dulu berjaya memupuk semangat kasih dan setiakawan bukan saja diantara kami murid tetapi merapatkan hubungan diantara ibubapa murid dari sekolah itu hingga sekarang, 45tahun sudah berlalu, persahabatan kami kekal dan erat sekali.
Mudah2an dgn kedatangan Duta dapat membawa penganut Agama Christian dalam Negara ini kearah tuju yang lebih kukuh mengikut ajaran Agama mereka.
Ina
Post a Comment