Sabtu, Ogos 17, 2013

MKLand Bangunkan Meru Perdana - Rumah Bermula Dari RM35,000 !



MK Land lancar Meru Perdana


IPOH - Selepas kejayaan membangunkan perumahan mampu milik di Taman Klebang Putra di sini, MK Land Holdings Berhad (MK Land) melalui anak syarikatnya, Zaman Teladan Sdn. Bhd. (Zaman Teladan), berhasrat memajukan sebuah lagi projek seumpama itu di bandar raya ini.
Projek perumahan bersepadu yang akan dikenali sebagai Meru Perdana itu akan dibangunkan di atas tanah seluas 37 hektar terletak berhampiran susur keluar dan masuk Jelapang, Lebuhraya Utara-Selatan.
Pengerusi Eksekutif MK Land, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar berkata, projek bernilai RM134 juta itu akan dibangunkan melalui tiga fasa dengan membabitkan pembinaan sebanyak 935 unit rumah mampu milik.
"Setiap rumah mampu milik ini akan dijual pada harga permulaan RM35,000 sebuah dan keutamaan diberikan kepada keluarga berpendapatan RM2,500 sebulan,'' katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian projek berkenaan yang disempurnakan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim di Taman Klebang Putra di sini semalam.

Tiada ulasan: