Khamis, Ogos 29, 2013

Tiga Line Diharamkan

PUTRAJAYA 29 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan senarai 49 kongsi gelap yang mempunyai keanggotaan seramai 40,313 ahli dan aktif beroperasi di seluruh negara.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, antara senarai kongsi gelap tersebut ialah Geng 007, Tiga Line dan Geng 30 yang majoritinya dianggotai oleh kaum Melayu.

Katanya, bagi kebanyakan kaum India pula menganggotai Geng 04, Geng 21, Geng 24, Geng 08, Geng 18, Geng 35, Geng 36, Geng 303 dan Geng Satu Hari.

"Kaum Cina di Semenanjung ramai menganggotai Geng 24, Geng 18, Geng 36, Geng 21, Ang Soon Thong, Wah Kee, Sio Sam Ong, Hong Hong San, Pneh, Hai San, Sin Ang Bin, New Cell 20, Jit It Hai, Sio Koon Tong, Gee Lam Kor, Gee Ah Heng, Loh Kuan, Tiang Yee Tong dan Geng Leng Hor.

"Kumpulan di Sabah pula ialah Atap, Hung Ann, Sui Yuk, Wah Kee, Otai dan Borneo Red EMP manakala, di Sarawak ada 16 pertubuhan iaitu Ah Ngau, Batu Tiga, Ah Feng, Batu 10, Sibu Ti, Ah Seng, Ah Chin, Lee Lung, Lo Han, Sungai Merah, Sungai Badut, Ting Ching Lee, Tua Cak Lee, Teksi Station, Pintu Merah dan Krokop," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, pihaknya telah mengisytiharkan kesemua pertubuhan tersebut sebagai haram dan menyalahi undang-undang mengikut seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa semalam. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130829/je_09/Senarai-49-kongsi-gelap-dengan-40313-ahli-diumum#ixzz2dLTRmNHU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana Nama PERKASA, Pekida dll?

Tanpa Nama berkata...

bodoh piang woi.. pekida n perkasa bukan kongsi gelap. tu NGO. ape la bangang ko ni

IPOH MALAY berkata...

pekida, perkasa adalah organisasi berdaftar.

Tanpa Nama berkata...

memang btol berdaftar ahli nya sape pertubuhan adalah payung untuk kongsi kongsi ni menyorok,kerana kongsi kongsi bangsat nama 30 busuk..setahu aku geng 30.adalah geng menghafal 30juzuk Alquran

Tanpa Nama berkata...

sial..geng 30 n 3 line bkn ny kongsi gelap..