Friday, September 20, 2013

Ini Sebab Mengapa Melayu Haluan Kiri Dilabel Komunis , Bukan Pejuang Kemerdekaan!

Kita pernah nyaris digabungkan oleh Melayu Kiri ke dalam Indonesia Raya. Namun tindakan Melayu Kiri yang sentiasa berkordinasi dengan Amir Syarifuddin, pemimpin komunis di Medan, tidak disokong rakyat Malaya kerana perbuatan Amir Syarifuddin membunuh 5 orang Sultan di Sumatera Timur pada jam 12 malam 3 Mac 1946, dan beribu-ribu lagi kerabat raja yang tidak berdosa dalam beberapa minggu kemudian.

TIDAK SALAHNYA MENGKATEGORIKAN MELAYU BERHALUAN KIRI PADA KETIKA ITU SEBAGAI ANTEK KOMUNIS KERANA HUBUNGAN INI. Malah mereka dengan senang, mengikut Chin Peng ke dalam hutan bagi menubuhkan 'unit Melayu' Parti Komunis Malaya.

Apabila berlaku tindakan biadap Cina-cina dan Melayu-melayu yang hari ini kembali cuba mengangkat Komunis untuk dimartabatkan, kita seharusnya tahu di mana puncanya.

Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera. Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus 'Revolusi Sosial 1946' di Sumatera Timur dengan membunuh parak Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.
Ternyata, jika PKM dibiar merampas negara ini mengikut  rentak Parti Komunis Indonesia, kita akan berseronok untuk membunuh jutaan penganut ideologi komunis pada Oktober 1965, di mana gerakan menghapus saki baki komunis, para simpatisan dan penyokong komunis dalam angka yang ramai sekali. Ini sudah tentulah mengakibatkan para pro-komunis akan pupus sekelip mata dan saki bakinya hari ini dengan mudah kita dapat hapuskan.

Tetapi dalam kaedah dunia moden hari ini, ia tentu sekali tidak memerlukan pembunuhan besar-besaran. Cukup dengan hanya menekan mereka secara ekonomi dan sosial bagi membuktikan KEDAULATAN negara ini masih ada.

Bukan dengan menyalurkan jutaan ringgit kepada 'pusat-pusat pendidikan komunis' yang akhirnya menjadi pengkalan menyerang kerajaan.

Mengapakah Melayu Haluan Kiri dilabel komunis pada ketika mereka berusaha menyatukan Malaya dengan gagasan Indonesia? Baca kisah ini :

Keturunan Raja Dibunuh oleh Pakatan Komunis di Indonesia 65 Tahun yang Lampau

REP | 20 October 2011 | 08:49 Dibaca: 794    Komentar: 2    0

Tragedi 3 Mac 1946. ‘Ketuanan Rakyat’ Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu
65 tahun tidak lama. Adakah kita telah lupa? Dua bulan sebelum UMNO ditubuhkan di Istana Johor, lima sultan di lima negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibunuh dengan kejam. Beribu-ribu orang kerabat raja turut dibunuh kejam.
Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.
Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.
Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai partai politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.
Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.

 BACAAN LANJUT : KOMPASIANA


Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah hancur akibat fitnah puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata mahukan kuasa bersama-sama berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. Rakyat Sumatera Timur kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka terdahulu.

JANGAN JADI BUTA SEJARAH. BANYAKKAN BACA BUKU SEJARAH. GENERASI BUTA SEJARAH ADALAH GENERASI YANG SIA-SIA DAN TERPAMPANG SEBAGAI BENIH HASIL NAFSU IBU BAPA MEREKA SEMATA-MATA!

1 comment:

Anonymous said...

Pertama kali saya membaca sejarah ini. Mungkin banyak orang Melayu di Malaysia tidak tahu.