Monday, September 02, 2013

Kenaikan Harga Minyak Telah Diramalkan



Kebelakangan ini teman sengaja meletakkan carta harga minyak dunia di blog ini. Kenaikan malam ini adalah diramalkan berikutan harga minyak dunia kekal di atas paras purata $100 tong sejak pertengahan 2010. 

Kenaikan sehingga $136 setong pada Jun 2008 memaksa kerajaan dibawah pentadbiran Pak Lah menaikkan harga minyak orang ramai kepada RM2.70 seliter.

Selepas itu, harga minyak dunia menjunam kepada $38 pada bulan September tahun yang sama dan harga minyak dalam negeri dicantas menjadi RM1.80 seliter. 

Hakikat yang tidak kelihatan ialah ketika harganya melangkaui $100 setong bermula pada pertengahan 2010, harganya memberi beban magnitud besar kepada kerajaan kerana tidak diselaraskan dengan realistik.

Bagi mengelakkan negara ini mengalami krisis, harga minyak perlu dinaikkan sehingga sekurang-kurangnya RM3.00 seliter, sesuai dengan harga serantau dan mengisi vakum yang menggalakkan aktiviti penyeludupan, dengan,  KPDNHEP perlu bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan untuk memastikan harga barang dikawal sebaiknya melalui mekanisme subsidi yang telus dan bersesuaian. 

Jika Indonesia, Thailand dan Filipina boleh bermegah dengan ekonomi realistiknya, mengapa kita masih terus dalam ketempangan harga minyak tidak realistik.

Kita mungkin mahu kerajaan mengumumkan sebarang kenaikan lebih awal tetapi kita akan gelabah jika stok habis kerana pembelian panik.



4 comments:

Anonymous said...

masalah yang akan timbul selepas ni ialah barang2 makanan dan minuman akan naik selaras dengan kenaikan harga petrol. Walaupun kementerian KPNKK akan keluar kenyataan akan memantau situasi semasa, tapi bagi saya dari dulu sampai la ketika ini, pegawai pemantau kementerian entah ke mana, harga makan tetap naik tanpa pernah turun2 pun.

Walau kerajaan bagi BR1M dan dijangka bertambah, tapi BR1M hanya pemberian one-off, harga barang keperluan tetap naik. Nilai penambahan tidak terasa pun waktu tu. Serupa tak payah beri BR1M dan tak payah naik harga petrol pun.

Anonymous said...

Takkan lah harga minyak kekal statik selama lamanya. Pasti akan ada turun naiknya..maka kita sebagai pengguna harus bijak menyesuaikan diri dengan perubahan ini jika mahu menjadi negara maju...banyak negara dimana kerajaan mereka tidak memberikan subsidi ke atas harga minyaknya tapi mereka juga boleh maju kedepan...apa yang penting kita sebagai pengguna harus mengambil langkah berjimat cermat...

Anonymous said...

Najib juga ikut cara Paklah naikan minyak secara mendadak.Sama saperti dahulu rakyat dinasihatkan berjimat cermat dsbnya. Adakah 2008 akan berulang lagi??? Ingatlah BN hampir tumbang pada PRU12 kerana kesilapan yang paklah lakukan. Bukan tidak boleh naikan harga minyak tapi naik sedikit demi sedikit rakyat tidak terasa sangat ikut cara Tun naikan harga minyak 2sen...5sen..paling tinggi 10sen.

Anonymous said...

Sya stuju najib dan kerabatnya tidak boleh naikkan harga minyak secara mendadak sebabnya kami orang kurang berkemampuan dan kamu hanya memakai kenderaan perodua viva dan pengunaan minyak banyak berubah.sebelum ini sya hanya menguna rm10 shari skrg meningkat sbyk rm15 shari.jika dikali slma stahun rm1800.jd berbaloikah BR1M mengantikan jumlah tsebut????