Isnin, September 30, 2013

Minyak Dan Rokok Naik Lagi !

Penderita Penyakit Pembangkang Pekak Badak Malaya atau Malayan Oppopotamusirosis adakalanya mencipta khabar angin bagi menyebarkan lagi penyakit tersebut kepada orang lain.

Seperti contoh polemik kenaikan harga minyak dua tiga hari lalu.

Polemik tersebut dibuat bagi mengekang sebarang usaha menaikkan lagi harga minyak. Tetapi takkanlah harga minyak akan dinaikkan ketika trend harga minyak dunia dalam tempoh sebulan ini adalah menurun.



Tetapi kita juga tahu bahawa kos subsidi yang meningkat sejak harga minyak dunia melepasi USD 100 setong tiga tahun lalu masih memberi kesan.

Apatah lagi tangan pensabotaj negara pada tahun 1997, sekali lagi gagal merampas negara ini melalui politik pada PRU12 baru lepas, lalu mendedahkan kembali negara ini kepada aktiviti pensabotaj yang terpaksa disokong penderita penyakit Malayan Oppopotamurosis  di negara ini.

Seharusnya akhbar-akhbar utama menyiarkan graf harga minyak dunia secara harian di muka depan akhbar masing-masing. Ini mungkin membantu penderita pesakit ini sedikit sebanyak pulih dari sudut tertentu.

Ini kerana minyak diakui sangat penting. Ia bukanlah seperti rokok. Tidak ada minyak jenama tiruan yang boleh dijadikan alternatif. Ia bahkan melahirkan pemikir seperti status di bawah yang ditemui di media sosial.





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya subsidi petrol tak perlu bagi langsung biar harga RM2.78 seliter. Kita tengok apa akan jadi?

Lepas tu naikkan pula cukai pusat hiburan, cukai arak, levi pekerja asing dan caj penghantaran ringgit ke luar negara.

Tanpa Nama berkata...

Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz


KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji serta diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.