Jumaat, September 06, 2013

Zahrain dilantik Duta Malaysia ke Indonesia



PUTRAJAYA 5 Sept. - Bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (gambar) disahkan bakal dilantik sebagai Duta Malaysia ke Indonesia yang baharu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pelantikan Zahrain itu akan dibuat secara rasmi tidak lama lagi selepas dimaklumkan kepada kerajaan negara tersebut.

"Kita tidak melihat kepada latar belakang politik beliau kerana apa yang dicari ialah individu terbaik dan sesuai bagi memegang jawatan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Luar di sini hari ini.

Menurut Anifah, pelantikan Zahrain dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan, kemampuan dan kesetiaannya kepada kerajaan.


Artikel Penuh: UTUSAN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Abis la Nuar tak dapat nak bersenang2/ berliwat2 kat Indon lagi lepas ni. Segala gerak geri akan jadi perhatian Zahrain. Padan dek muka ko Nuar...

Tanpa Nama berkata...

blog ko ni ada virus ke? cuba buka dgn IE... dia duplicate multiple TAB sampai berbeas TAB kuar homepage ko.. memang haram J lah

IPOH MALAY berkata...

ye ke? kerja sape le plakkkk

Tanpa Nama berkata...

bukak kat lapyop ngan PC ok je