Friday, November 15, 2013

Kedai Nasi Ganja Ipoh, Jalan Yang Kalsom, Diarah Tutup Kerana Kotor

Kedai Nasi Ganja Ipoh @ Vanggey Diarahkan Tutup Kerana Kotor!!!




Makanan sedap, terkenal dan digemari ramai belum tentu jaminan bahawa ianya bersih dan selamat untuk dimakan. Penutupan Restoren nasi kandar terkenal di Ipoh, Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh atau lebih dikenali sebagai Nasi Ganja Ipoh atau Vanggey yang terletak di Jalan Yang Kalsom tidak mengejutkan.

Gerai nasi kandar berkenaan yang menyewa di Kedai Kopi Yong Suan telah diarahkan tutup bermula hari ini 14 November 2013 selama 4 hari. Pastinya pengemar Nasi Ganja Ipoh menggeletar ketagihan. Eloklah tu. Biarlah taukeh kedai berbangsa Cina tersebut membersihkan kedainya terutama di bahagian belakang tempat membuat air minuman. Kotor sangat rasanya semasa CTS singgah makan bulan lepas.

BACAAN LANJUT :  CUCU TOK SELAMPIT

P/S : Last teman makan nasi situ ialah pada tahun 2009. Komer makan ler... Heheheeee.. Teman tak kata apa-apa. Cuma  teman tak sior dah.... Bukan tak pernah teman kaborkan... dah selalu... tak caya korek posting teman yang sudah-sudah...

2 comments:

Anonymous said...

Terkenang jalan yang khalsom masa muda2 dulu.

Anonymous said...

Kedai makan cina atau gerai makannya, memang kotor nak mampus. Idok peduli langsung bab bersih ni Yob. Same jugak dengan kedai mamak. Penah teman dibawak makan kat CM, dinding jambannye beselepet dgn taik...