Wednesday, March 20, 2013

Peperiksaan Lahad Datu. 2 Soalan Sahaja.


Gambar Hiasan


Soalan 1

Husin adalah ketua kampung A. Usop pula ketua kampung B. Kampung A dan Kampung B terletak bersebelahan, terjebak dengan sengketa tanah yang dimulakan oleh seorang Arip dari kampung A.

Sejarahnya isu berkait Arip, pemilik tanah dalam kampung A yang dahulunya ingin mewujudkan kampung sendiri yang dinamakan kampung C. Tetapi kerana lapar wang, dia merelakan tanahnya menjadi sebahagian kampung A. Sekelumit tanah lagi diserah ke Kampung B selama-lamanya.

Melihat sekelumit tanahnya di Kampung B semakin maju, dia mahu menuntut semula tanahnya di Kampung B. Dengan siapa dia hendak tuntut? 

a) Usop
b) Musuh Usop

(50 markah)


Soalan 2

Musuh Usop  yang teringin menjadi ketua kampung B dan kerap ke Kampung A. Di sana, dia menjalinkan persahabatan yang akrab dengan puak musuh Husin yang juga teringin menjadi ketua kampung A. Apabila Arip menceroboh kampung B, musuh Usop enggan mengutuk tindakan Arip demi menjaga perasaan kawan-kawannya di kampung A. Sebaliknya musuh Usop ini terus menyalahkan Usop. Adakah tindakan musuh Usop itu akan menimbulkan syak kepada penduduk kampung B bahawa dia bersekongkol dengan Arip?

a) Ya
b) Tidak

(50 markah)


P/S : Rakyat tidak bodoh. Mahu berjumpa dengan sesiapa sekalipun, buat appointment. Jangan rempuh rumah orang dengan senjata api. Megelak untuk mengecam tindakan sebegini hanya menzahirkan helah sebenar.

1 comment:

Anonymous said...

YOU ULANG I SAMAN...