Khamis, Februari 20, 2014

Petron Malaysia rugi RM 75.42 juta


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd. mencatat kerugian sebelum cukai berjumlah RM75.42 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, berbanding untung sebelum cukai RM136.25 juta pada tahun kewangan 2012.

Pendapatan syarikat itu merosot kepada RM11.13 bilion berbanding RM11.48 bilion sebelum ini.

Untuk suku keempat, ia mencatat kerugian sebelum cukai RM50.67 juta berbanding untung sebelum cukai RM12.53 juta dalam suku yang sama pada 2012.

Hasilnya pula berkurangan kepada RM2.81 bilion berbanding RM2.97 bilion sebelum ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, prestasi lebih lemah itu disebabkan jumlah jualan yang lebih rendah, iaitu 1.7 peratus kepada 29 juta tong tahun lalu berbanding 29.5 juta tong pada 2012. - BERNAMA



Tiada ulasan: