Ramai yang menadah tangan kesyukuran apabila cuaca basah kembali dengan tiupan angin dari arah Timur dan Tenggara membawa kelembapan untuk ketandusan di bumi semenanjung yang tidak dibasahi hujan selama dua bulan bermula awal Januari.
Kemarau yang jarang berlaku kebelakangan ini telah kembali sepanjang dua bulan lalu dan sedang dijangka berakhir.
Pagi ini angin bertiup dari timur memadamkan kebakaran di tanah gambut negeri Pahang dan tidak dapat tidak membuatkan asap muncul dan ditiup ke arah barat menghala ke Kuala Lumpur.
Diharapkan pergerakan angin dan kelembapan yang meningkat sejak beberapa jam lalu di negeri Pahang akan membawa hujan yang secukupnya untuk mengisi empangan-empangan yang membekalkan air kepada jutaan penduduk Lembah Klang, yang dilaporkan telah kritikal sebelum ini.
Alhamdulillah.
Radar MET Malaysia jam 6:00 pagi tadi.
Haris Ariffin, 42, menadah tangan bersyukur berikutan hujan lebat di Ipoh. Katanya, sudah dua bulan Ipoh tidak menerima hujan seperti itu. FOTO L Manimaran
Bumi Georgetown, P Pinang dibasahi hujan selepas dua bulan. FOTO Ramdzan Masiam
Rumput mati setelah hujan tidak mencukupi selama 2 bulan di Ipoh.
No comments:
Post a Comment