Thursday, May 01, 2014

Ahli Parlimen Teluk Intan dari DAP meninggal dunia

Teluk Intan bakal menyaksikan pilihanraya kecil lagi kali ini dengan kematian penyandang kerusi parlimen tersebut akibat barah. Seah Leong Peng, berumur 48 tahun,  meninggal dunia pagi ini jam 7:45 di PPUM, Kuala Lumpur dan telah disahkan oleh Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar.

Untuk rekod pilihanraya kecil di parlimen Teluk Intan pernah diadakan pada 17 Mei 1997 ketika Anwar Ibrahim memangku jawatan Perdana Menteri yang menyaksikan BN kalah di pilihanraya kecil tersebut.



IPOH 1 Mei - Ahli Parlimen Teluk Intan, Seah Leong Peng meninggal dunia akibat penyakit barah pada kira-kira pukul 7.45 pagi ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Timbalan Pengerusi DAP negeri, V. Sivakumar yang mengesahkan perkara itu berkata, mayat mendiang akan dibawa pulang ke Teluk Intan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: UTUSAN
© Utusan Melayu (M) Bhd

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah ... lps ni giliran pemimpin dap mn pulak?
Termakbul doa ...

Anonymous said...

Saya pun terfikir yang sama...lepas ni yang mana pulak.