Saturday, May 24, 2014

#BN4TelukIntan : Pesanan kepada orang Islam di Teluk Intan. Malaysia tidak akan mampu menyokong usul membabitkan kepentingan Islam di PBB sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Undilah Barisan Nasional


gif make

Situasi ini berkisar penghujung 2012. Berikut adalah pecahan agama di Bosnia dan Herzegovina. Negara tersebut merupakan negara yang mempunyai 3 presiden iaitu Nebojša Radmanović yang mewakili Serb Bosnia yang sebahagian besarnya menganut Kristian Ortodoks Serbia, Željko Komšić yang mewakili Croat Bosnia yang sebahagian besarnya menganut Kristian Katolik dan Bakir Izetbegović yang mewakili Bosniak yang sebahagian besarnya menganut agama Islam.    


Dari angka tersebut, pecahan kaum di Bosnia dan Herzegovina ialah, 49.4% Bosniak, 39.1% Serbs, 12.6% Croats dan 1.9% Lain-lain.
Dengan kaedah ini, mereka yang paling ramai di kalangan tiga kelompok tidak akan mampu bersuara dan menjadi mangsa ketempangan demokrasi. Lemahnya pemikiran politik ramai orang Melayu hari ini menyaksikan tidak sedikit yang tidak tahu bahawa mereka sedang menyokong formula pembodohan ini.

Hukum politik jenis bertiga ini mirip apa yang diamalkan Pakatan Rakyat dalam cita-cita mereka menguasai negara ini dengan mentiadakan ketua Pakatan Rakyat itu sendiri. Dengan kata lain, tiada Presiden Pakatan Rakyat sepertimana terdapatnya Presiden Barisan Nasional.
Boleh jadi tiga Presiden atau 1 Presiden 3 Perdana Menteri. Siapa boleh ramal apa. Bila orang gila kuasa mendapat negara.
 
Cuba kita lihat pecahan terkini dari akumulasi kerusi-kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat di parlimen ini. 



Bukankah jelas bagi mereka yang mempunyai otak yang waras bahawa tanpa perlu bersuluh lagi, kuasa politik berada di tangan siapa. Sama ada di pihak sekular bukan Islam yang anti Islam, pihak sekular Islam politik dan pihak fundamentalis Islam politik.
Politik inilah yang dipakai di Bosnia dan Herzegovina yang menghasilkan satu ketetapan yang mengejutkan kita. Bosnia dan Herzegovina mengambil sikap berkecuali dalam undian di PBB bagi menyokong Palestin sebagai negara pemerhati bukan ahli - dibaca berkecuali dalam mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara- pada undian khas di PBB yang berlangsung pada bulan awal Disember 2012.
Ini sangat mengejutkan kita kerana negara Serbia sendiri, mengundi YA untuk menyokong Palestin dalam usul tersebut.
Bosnia dan Herzegovina tidak dapat mengundi kerana Presiden dari kalangan Serb Bosnia tidak bersetuju. Kata putus tidak dapat dicapai kerana sebarang keputusan memerlukan persetujuan ketiga-tiga Presiden.
Kita dapat lihat dengan jelas, bagaimanakah dasar negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Lebih buruk lagi, DAP dengan anti Islamisasi, PKR dengan pluralisme agama dan PAS dengan Islam politik akan menghasilkan sebuah negara yang lebih buruk dari Bosnia Herzegovina hari ini tanpa mengira demografi.
Bagaimanakah untuk mendapat dua pertiga suara parti dalam Pakatan Rakyat sendiri , mengingati ianya pakatan tidak berdaftar dengan ketiga-tiga kuasa berdiri dengan ego sendiri tanpa apa-apa perjanjian bertulis yang telus kepada penganut fahaman mereka. Bagaimana PKR pula tidak mampu membantu PAS dalam menegak agenda Islam kerana penglibatan sangat banyak konco DAP di dalam PKR yang diragukan toleransi mereka ke atas Islam.
Walau seluruh umat Islam mengundi PAS, corak pentadbiran bertiga ini hanya akan menghentikan terus proses Islamisasi dan dasar sosialis yang anti Islam akan mengambil tempat dan memberi kesan penentangan pula bibit-bibit Islam yang sedang subur bercambah.
Malaysia dibawah Pakatan Rakyat akan menjadi bahan jenaka dunia Islam jika kesilapan umat Islam negara ini membuat pilihan akibat buta politik dan memilih berdasarkan hasad yang disemai bukan Islam, yang akhirnya meletakkan Malaysia sebagai bukan negara Islam walaupun majoritinya adalah Muslim.
Jika ini yang anda mahukan, undilah Pakatan Rakyat.
 gif make

No comments: