Wednesday, October 08, 2014

Tiru Jokowi, Azmin Ali masuk tinjau longkang

Agaknya memang jadi trend baru senusantara untuk pemimpin yang baru naik, masuk ke dalam longkang. Joko Widodo, bakal presiden Indonesia, ketika terpilih menjadi Gabenor Jakarta pada bulan September 2012 telah dikritik kerana sampai meninjau ke dalam longkang untuk mencari punca dan  menangani masalah banjir di Jakarta.


Kungfu yang sama digunakan oleh Azmin Ali setelah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Jika Joko Widodo mendapat hasil masuk longkangnya hingga memenangi pilihanraya Presiden dan bakal menjadi Presiden Indonesia tengah bulan ini, mungkin sekali Azmin Ali mempunyai harapan yang serupa. Tetapi untungnya Joko Widodo mempunyai tubuh kecil yang ramping, dan mudah untuk dia melakukan tinjauan ke ceruk itu berbanding Azmin Ali.



2 comments:

Anonymous said...

Minta izin WM untuk iklan

Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar (boleh runding) walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hantar segera sms ke 013 2704567(anda akan dihubungi segera)..ayuh tolong saya selamatkan tanah melayu !!

Anonymous said...

Mungkin demer beli pakai proksi melayu.