Saturday, November 22, 2014

Penghapusan subsidi minyak Malaysia yang tiba-tiba


Penghapusan subsidi minyak seperti yang disebut seharusnya dikawal dengan mempersiapkan harga siling pengapungan sebelum ia disubsidi semula.

Ini adalah kerana penting bagi melindungi kepentingan rakyat dan rancangan harga subsidi bagi golongan berpendapatan rendah yang dihebohkan dulu itu mekanismenya bagaimana.

Ini penting kerana penurunan harga minyak dibimbangi sementara dan kenaikan mendadak mungkin berlaku di masa terdekat.

Penghapusan subsidi ini sewajarnya dibuat dengan memberi penerangan dan pendidikan terlebih dahulu.

Sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum supaya pembela pemerintah di alam internet tidak seolah-olah dihumban ke depan supaya membela kerajaan tanpa disuap penerangan yang jelas.

Setidak-tidaknya subsidi RM20,000 juta yang dihapuskan itu disalurkan ke perbelanjaan di bidang apa.

Tindakan mendadak seperti ini sama sekali kurang bijak jika hanya bersandarkan kebimbangan bekalan diselewengkan.

Namun hal ini sudah menyebar ke mana-mana. Kini penerangan selanjutnya tentang penyaluran subsidi ke bidang apa sedang dituntut oleh khalayak.

1 comment:

Anonymous said...

Najib bercakap tentang seleweng dan seludup sbg justifikasi mansuh subsidi? so pecat je lah semua pegawai2 di sempadan, pegawai2 KPNKK, kastam diraja.. ye lah sbb dh lumpuh agensi2 ini xboleh bateras seludup.

Baik zaman dulu pulak alat tak canggih tp boleh kekang penyeludupan dan rakyat dpt rasa subsidi penuh.

Najib elok lah letak jawatana atau diturunkan semas PAU nanti. Makin parah dh otak dia dinasihati PUNAHSEHAT spt Wahid Omar ngok tu!!

Harga siling petrol tak ditetap lepas tu terus apungkan serta merta.. kalau minyak naik mendadak apa nk jadi?

turun nya tk byk yg naiknya byk dn pantas.. penipu je Najib ni!