Monday, January 12, 2015

Dakwaan Ukraine tembak MH17 semakin jelas

Dakwaan bahawa Ukraine menembak jatuh pesawat MH17 Amsterdam - KL 17 Julai lalu semakin menyerlah apabila seorang saksi mendedahkan tentang juruterbang pesawat tempur Ukraine yang di dakwa menembak jatuh pesawat MH17.


Juruterbang jet tempur tentera Ukraine, Kapten Vladislav Voloshin dipercayai menembak jatuh pesawat MAS MH17 pada 17 Julai lalu di wilayah Donetsk sehingga mengorbankan 298 orang. – AGENSI -


KIEV 11 Jan. - Pemberontak pro-Rusia mendedahkan identiti serta gambar juruterbang pesawat tentera Ukraine yang didakwa menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sehingga mengorbankan 298 nyawa di timur negara ini pada 17 Julai lalu.

Jawatankuasa Siasatan yang diketuai oleh Alexander Bastrykin, bekas sekelas Presiden Rusia, Vladimir Putin, melaporkan bahawa juruterbang terbabit yang dikenali sebagai Kapten Vladislav Voloshin perlu disiasat oleh pihak berkuasa Belanda yang mengetuai siasatan berhubung nahas tersebut.


Menurut Bastrykin, Voloshin dipercayai mengemudi pesawat tempur SU-17 yang dilengkapi peluru berpandu udara ke udara jenis R-60 pada 17 Julai lalu, hari yang sama pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk ketika dalam penerbangan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur.


Jelas beliau, juruterbang yang dianggarkan berusia lewat 20-an itu pulang ke pangkalan Tentera Udara Ukraine di Dnipropetrovsk tanpa peluru berpandu berkenaan, dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17.


BACAAN LANJUT : UTUSAN MALAYSIA



​Tunjuk perasaan di Kedutaan Rusia , Jalan Ampang dipimpin Pemuda UMNO beberapa hari selepas pesawat MH17 ditembak jatuh.

No comments: