Tuesday, January 13, 2015

Ketika Ti Lian Ker mahu Ibrahim Ali ditangkap, kumpulan Katolik Amerika Syarikat senada dengan Ibrahim Ali


​MCA semakin rancak menari di pentas DAP bila mengeluarkan kenyataan berkait isu Islam. Memandangkan PERKASA adalah organisasi yang yang menjadi senak perut hampir keseluruhan orang Cina di negara ini, tidak hairanlah kenyataan Ti Lian Ker jadi membabi buta sehingga meminta Ibrahim Ali ditahan kerana menyebut "serangan itu adalah akibat dari provokasi ke atas agama lain".

Boleh jadi maksudnya sangat jelas, jika orang Islam memprovokasi agama Hindu pun, kemarahan orang Hindu boleh menyebabkan kejadian seperti ini. Begitulah sebaliknya. Boleh menyebabkan bukan menggalakkan. Ia membawa maksud 'potensi untuk orang luar kawalan pemikiran normal, untuk bertindak melampaui undang-undang, muncul dari entah mana, tanpa sesiapa ssempat membendung'.

Masalah utama bukan Melayu di negara ini ialah mereka terlalu bodoh dan tidak faham corak perbahasaan Melayu. Cara bercakap dalam bahasa Melayu pun tunggang terbalik, apatah lagi untuk memahami gaya bahasanya, dan hanya mengambil makna literasi. 

Lihat sahaja kes Eric Paulsen. Kebanyakan bukan Melayu hanya menguasai Bahasa Melayu tahap pasar borong. Hanya mampu bergantung kepada teks. Bahasa kebangsaan macam haram jadah. Tapi bila mempertikaikan, seolah-olah mereka itu sasterawan. Umum pribumi mengetahui bahasa Melayu di dalam ceramah dan khutbah adalah bahasa Melayu satu tahap yang lebih tinggi kerana penuh dengan kias, perkaitan dan perbandingan untuk renungan.

Berbeza dengan bukan pribumi di Indonesia, mereka sudah sangat mahir selok belok bahasa sindir, kias, metafora dalam bahasa Indonesia itu sendiri. Masih marah jika digelar pendatang? Hah?


PUBLISHED: Jan 11, 2015 07:00pm

UPDATED: Jan 11, 2015 05:23pm

MCA mahu Ibrahim Ali ditahan kerana menggalak keganasan



KUALA LUMPUR, 11 Januari:

Pengerusi Biro Keharmonian Agama Datuk Seri Ti Lian Ker menggesa supaya pengerusi PERKASA ditahan mengenai komennya berkenaan pembunuhan Charlie Hebdo.

Ti berkata tiada kewajaran dalam membunuh orang tidak berdosa dalam provokasi kecil dan sebab itu Datuk Ibrahim Ali perlu ditahan untuk disoal siasat kerana menggalakkan keganasan dan pembunuhan orang tidak berdosa.

Ibrahim dipetik sebagai berkata: "Inilah yang berlaku apabila anda menghina agama lain, apabila anda masuk campur dengan agama orang lain."

Ti berkata orang bertamadun tidak perlu ambil peduli kata-kata orang yang taksub seperti Ibrahim kerana mereka hanya inginkan publisiti.

"Tetapi penghinaan terbaru ini terhadap mangsa dan kewajaran lapan wartawan, dua anggota polis dan dua lagi dibunuh dengan kejam adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan perlu ditolak," katanya dalam kenyataan.

NANTI DULU ! Lihat pula kenyataan kumpulan-kumpulan  Katolik Amerika Syarikat dalam The Washington Post ini. Apa bezanya mereka dengan Ibrahim Ali? Apakah majoriti Kristian di Amerika Syarikat akan menangkap mereka?


After Charlie Hebdo attack, U.S. Catholic group says cartoonists 'provoked' slaughter

In the aftermath of the deadly assault on the offices of Charlie Hebdo, a French satirical newspaper, much of the world has rallied in solidarity with the publication, its irreverent cartoonists and their right to free speech.

But not everyone is so supportive. Bill Donohue, president of the Catholic League, a U.S. organization that "defends the rights of Catholics," issued a statement titled "Muslims are right to be angry." In it, Donohue criticized the publication's history of offending the world's religiously devout, including non-Muslims. The murdered Charlie Hebdo editor Stephane Charbonnier "didn't understand the role he played in his [own] tragic death," the statement reads.

"Had [Charbonnier] not been so narcissistic, he may still be alive," Donohue says, in what must be one of the more offensive and insensitive comments made on this tragic day.

"Killing in response to insult, no matter how gross, must be unequivocally condemned. That is why what happened in Paris cannot be tolerated," says Donohue. "But neither should we tolerate the kind of intolerance that provoked this violent reaction."


No comments: