Saturday, June 13, 2015

Gempa 5.2 skala Richter gegar Ranau pukul 2:29 pagi tadi

Satu gegaran berukuran 5.2 skala Richter menggegar Ranau pukul 2:29 pagi tadi berkedalaman 12 km menyebabkan panik di Kota Kinabalu, Tambunan dan Ranau serta kawasan berhampiran. 

Gegaran ini merupakan gegaran terkuat sejak gegaran 6.0 skala Richter pada 5 Jun lalu setelah lebih 60 'aftershock' berlaku dalam tempoh tersebut.



Friday, June 12, 2015

Melayu dua parti empat puak

Bukan di dalam UMNO sahaja berlaku bibit perpecahan malah di dalam PAS lebih buruk lagi.

Bukan sahaja ahli 'Parti Islam' itu berkonfrontasi dengan terbuka, malah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin mereka pula.

Pepecahan kalangan ahli dua parti terbesar dalam mewakili orang Melayu ini mengulangi lagi gambaran detik-detik sebelum Palestin jatuh ke tangan Zionis yang mana pepecahan umat Palestin itu sendiri yang menjurus kepada laluan mudah bagi tertubuhnya negara Israel.

Dengan semenanjung Melayu dianggap 'tanah suci' oleh kelompok tertentu dari sebuah aliran agama yang tidak perlu disebutkan di sini,  bibit-bibit 'New Palestine' seperti mula bercambah di bumi ini.

Ini salah satu contoh dari FB seorang ahli PAS yang menyelar pemimpinnya.

Bergaduhlah lagi. Bergaduhlah lagi.




Thursday, June 11, 2015

Awas, pengguna ringgit di Pasar Baru, Bandung, boleh ditangkap

Pelancong Malaysia yang membeli belah di Bandung diingatkan bakal berhadapan dengan undang-undang jika menggunakan Ringgit Malaysia dalam urusan di Pasar Baru, Bandung. 



Senin, 08/06/2015 17:53 WIB

Warning! Transaksi Gunakan Ringgit di Pasarbaru Bandung Bisa Dijerat Pidana

Baban Gandapurnama - detikNews

Bandung - Warning bagi wisatawan Malaysia dan para pedagang yang bertransaksi menggunakan mata uang ringgit di mal Pasarbaru Trade Center Bandung. Jika terbukti transaksi jual beli pakai ringgit siap-siap saja berurusan dengan hukum.

Pengaturan tentang penggunaan mata uang rupiah itu sesuai UU No. 7 Tahun 2011 tentang Mata Uang. Disebutkan dalam Pasal 23 ayat (1) yaitu rupiah menjadi alat pembayaran atau penyelesaian kewajiban dalam transaksi keuangan di dalam negeri. Regulasi tersebut tercantum juga dalam konsideran Peraturan Bank Indonesia No. 17/3/PBI/2015.

"Transaksi di Pasarabaru itu harus pakai rupiah. Jadi tidak ada valuta asing, termasuk ringgit," ucap Kepala Kantor Perwakilan BI Jawa Barat Rosmaya Hadi usai bersama Gubernur Jawa Barat Ahmad Heryawan meninjau harga sembako menjelang bulan suci Ramadan di Pasar Sederhana, Jalan Jurang, Kota Bandung, Senin (8/6/2015).

Selama ini Pasar Baru menjadi tempat favorit wisatawan asal Malaysia yang datang ke Bandung. Selama ini wisatawan asal Negeri Jiran sering kesulitan menukarkan uang sehingga harus merogoh ringgit sewaktu membeli produk.

Menurut Rosmaya, upaya serius BI mencegah merajalelanya peredaran ringgit mal Pasarbaru Baru sudah dilakukan dengan mengeluarkan izin Kegiatan Usaha Penukaran Valuta Asing (KUPVA) atau money changer. Selain itu, sambung dia, BI bekerjasama dengan manajemen mal dan polisi akan menempelkan leaflet dan memasang spanduk yang intinya berisi ajakan agar segala transaksi wajib berbentuk uang rupiah.

"Sekarang sudah ada lima tempat penukaran valuta asing di Pasarbaru. Terdiri tiga bank dan dua nonbank, bukanya hingga tamu selesai belanja," tutur Rosmaya.

Rosmaya menegaskan apabila masih terjadi transaksi memakai ringgit di mal Pasarbaru, BI menggandeng polisi dalam urusan penegakan hukum untuk menjerat pelanggar. Apalagi BI dan Polri pada April 2015 lalu menjalin MoU dalam Pencegahan Tindak Pidana di Jabar.

"Kalau melanggar Undang-Undang kan ada pidananya. Sejauh ini belum ada laporan adanya pelanggar," kata perempuan berkerudung ini.

Wednesday, June 10, 2015

Nazri Aziz paling gembira bila ringgit jatuh

Kenyataan Nazri Aziz bahawa dia adalah antara orang yang paling gembira bila ringgit jatuh menjadi viral malam ni di media sosial.

Ramai menyelar kenyataan tersebut dan menyifatkan ia adalah kesinambungan pernyataan kurang masuk akal oleh para menteri yang seangkatan dengannya.

Walaupun kata-katanya tertakluk dalam ruang lingkup pelancongan, persepsi yang diciptakan olehnya ternyata sangat mengundang kemarahan.



Saya antara yang paling gembira bila ringgit jatuh' - Nazri Aziz

Haider Yutim, Astro Awani | Kemas kini: Jun 10, 2015 
(Diterbitkan pada: Jun 10, 2015 21:03 MYT)

NAZRI: Kejatuhan ringgit juga menyebabkan rakyat Malaysia berfikir dua kali sebelum melancong ke negara lain, terutama sekali ke negara seperti UK. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini berkata beliau merupakan antara individu yang paling gembira apabila nilai ringgit mengalami kejatuhan.

Menurut beliau, ini kerana pelancong dari negara yang nilai wangnya lebih besar seperti United Kingdom and Eropah akan membelanjakan wang mereka di Malaysia dengan lebih kerana nilai pertukaran yang tinggi.

“Ringgit semestinya membantu Malaysia, seperti yang saya katakan tadi semasa ucapan penggulungan, saya merupakan antara beberapa individu yang gembira bila ringgit jatuh,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.

Katanya, pelancong-pelancong tersebut akan berasa mewah dan seperti orang kaya apabila melancong ke Malaysia.

Selain itu, kata Nazri, kejatuhan ringgit juga menyebabkan rakyat Malaysia berfikir dua kali sebelum melancong ke negara lain terutama sekali ke negara seperti UK.

“Jadi ianya mahal dan mereka akan membelanjakan wang mereka di sini sebagai pelancong tempatan… dan itu menjadikan saya amat gembira. Saya sangat gembira,” katanya.

Beliau juga menjangkakan sektor pelancongan tempatan akan menyaksikan penambahbaikan yang banyak dalam beberapa bulan nanti.

Ringgit baru-baru ini menyaksikan lagi kejatuhan apabila ia ditutup pada paras paling rendah dalam tempoh sembilan tahun berbanding dolar Amerika pada Isnin lalu.

Ringgit berada pada 3.7660/7690 berbanding 3.7170/7200 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Monday, June 08, 2015

Lelaki berbogel di puncak Kinabalu hina warga Tawau pula

Lelaki Kanada yang merupakan salah seorang pendaki yang berbogel di puncak Kinabalu lebih seminggu lalu menyelar serangan netizen Sabah dan Malaysia di Facebooknya. Malah status Facebooknya tengah malam tadi memuat naikkan gambar mereka sedang menanggal pakaian di puncak Kinabalu.

Bukan itu sahaja, status tersebut didahului dengan status mengejek nama kedai di Tawau yang bernama Mohammad Ali dengan menyebut tidak sangka Muhammad Ali si peninju ada membuka kedai di Tawau.

Selain itu status tersebut menyatakan mereka terpaksa menangguhkan penerbangan pulang akibat kekecohan di Gunung Kinabalu yang melibatkan mereka.

Dia juga dengan biadap menyebut "tempat ini adalah lubang tahi" dan "mujurlah orang2 di sini bodoh belaka. Mereka tiada internet, mereka tidak tahu apa."


Saturday, June 06, 2015

19 dipercayai terkorban di Gunung Kinabalu susulan gempa bumi Ranau

Sejumlah 19 orang dipercayai maut di puncak Kinabalu susulan gempa bumi 6.0 pada skala Richter yang berpusat berhampiran Ranau jam 7:15 pagi hari Jumaat menurut laporan The Star.

13 mayat ditemui, 6 masih hilang manakala 2 dari mayat telah dibawa turun.


KUNDASANG: Search and rescue officials believed the death toll from Friday's earthquake at Mount Kinabalu is 19 with the recovery of 17 bodies on top of the mountain on Saturday.

The officials said they did not expect any more bodies to be found as all the missing climbers have been accounted for.

The first bodies - of mountain trainer Robbie Sapinggi, 31, and 12-year-old Singapore student Wee Ying Peony - were found and taken down to the base camp at Sabah Parks on Friday evening.

The officials said the bodies were being winched by helicopters and being flown to Kota Kinabalu.

They said three of the bodies were flown to the Queen Elizabath Hospital at about 4pm, and other bodies are expected to be taken in batches.

As of 4pm Saturday, Ranau police chief Deputy Supt Mohd Farhan Lee said they have recovered 13 bodies.

"The search is still on for six more," he told reporters.
Among those killed were 10 students of Tanjong Katong Primary School in Singapore.
The nationalities and identities of those killed will be released after post mortem.

Jumlah korban gempa bumi meningkat 13 orang


RANAU 6 Jun - Dua lagi mayat berjaya ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat susulan kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban yang ditemui seramai 13 orang.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya kini masih mengesan baki enam lagi mangsa yang dipercayai terkandas di Gunung Kinabalu. UTUSAN


Friday, June 05, 2015

5 pendaki Gunung Kinabalu dikhuatiri maut tertimpa batu


Laporan The Star menyebut khabar angin menyatakan 5 orang pendaki Gunung Kinabalu maut ditimpa batu yang berjatuhan semasa gempa bumi 5.9 Richter yang melanda Ranau jam 7:15 pagi tadi.

Desas-desus juga menyebut rumah rehat di Panar Laban musnah akibat gempa tersebut.

Di Ranau, kolam air panas yang terdapat disitu telah berubah menjadi kehitaman kesan dari bencana tersebut.




KOTA KINABALU: Fears are growing that there might have been casualties in the aftermath of the earthquake that hit Sabah on Friday.
Officials, however, are not commenting on unconfirmed reports that at least five people on the summit area of Mount Kinabalu might have been hit by rockfalls after the mountain shook for nearly a minute.
They were said to be among about 100 climbers stranded on the summit.
Bomba and police teams, including dog squads, were seen heading towards the park area while helicopters were being sought to airlift stranded climbers and mountain guides.
Most of the climbers were descending after reaching the 4,095m peak before sunrise when the earthquake struck at 7.17am, with boulders and rocks from the granite surface dislodging and rolling down rapidly.
It is learnt that two chalets – Panar Laban and Laban Rata – were also damaged but officials are still trying to ascertain the severity of the damage.
Some reports claimed that the Panar Laban chalet had been destroyed.
Initial reports from the Malaysian Meteorological Services Department said the 5.9 magnitude quake struck 16km northwest of Ranau.

Pendaki Gunung Kinabalu terkandas ekoran gempa bumi

 
Imej pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu selepas Sabah Park menutup laluan ke puncak ekoran gempa bumi 5.9 pada skala Richter yang berpusat di Ranau jam 7:15 pagi tadi.

Kerosakan kecil dan keretakan struktur berlaku di Ranau dan Kundasang berikutan gempa tersebut.


Gempa kuat 6.0 pada skala Richter landa Ranau, Sabah


Satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berkedalaman 10km berlaku jam 7:15 pagi tadi di Sabah berpusat di Ranau.

Gempa lokasi luar biasa pada kekuatan dan kedalaman luar biasa ini dinilai cukup kuat bagi mendatangkan kerosakan struktur binaan dan tebingan bukit.

Berlaku kerosakan di Ranau namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.




Walaubagaimanapun Met Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa gempa tersebut berukuran 5.9 pada skala Richter dan berkedalaman 54 km menjadikannya dikategorikan sebagai gempa bumi berukuran sederhana.