Taiping merupakan bandar yang mencatat sejarah tersendirinya apabila landasan keretapi pertama di negara ini dibina menghubungkan bandar tersebut dengan Kuala Sepetang atau Port Weld pada tahun 1885.
Hari ini, Taiping masih lagi signifikan dengan keretapi apabila terowong landasan keretapi elektrik yang siap pada tahun 2014 lalu terletak berhampiran bandar ini.
Terowong yang merentasi Banjaran Bintang di Bukit Berapit sepanjang 3.3 km itu kini merupakan terowong keretapi terpanjang di Asia Tenggara.
Di Bukit Berapit ini juga terletaknya tiga terowong keretapi di atas laluan keretapi lama yang telah dibina pada tahun 1905 dan menjadi laluan utama nadi pengangkutan di Tanah Melayu selama lebih seratus tahun.
Pada tahun 2012 terdapat desas desus untuk membangunkan kawasan rel lama ini sebagai kawasan pelancongan. Namun sehingga hari ini, semak samun semakin meninggi. Laluan ini telah ditutupi belukar.
Tidak salah untuk menyebut bahawa sebahagian laluan yang ditinggalkan ini merupakan sebuah aset sejarah negara yang bernilai tinggi. Ini kerana selama beberapa generasi, ramai di antara kita pernah melalui laluan keretapi yang dipagar tebing batu dan gaung yang dalam ini.
Maka selayaknyalah laluan ini dibangunkan semula sebagai tarikan pelancongan dengan konsep yang dilakukan di Gangchon, Korea Selatan.
Di Gangchon Rail Park, laluan keretapi lama yang telah dipintas oleh laluan baru dibangunkan dengan menyediakan tarikan kepada pelancong menelusuri laluan keretapi lama tersebut dengan menaiki keretapi kayuh yang dikhususkan untuk laluan keretapi yang menuruni bukit.
Kemudian, pelancong diangkut dengan keretapi persiaran khas ke stesen terakhir sebelum diangkut dengan bas ke stesen permulaan. Keseluruhan aktiviti ini mengambil masa kira-kira dua jam.
Namun untuk kawasan ini bersesuaianlah dengan hanya menyediakan keretapi persiaran yang dapat membawa pelancong melihat suasana rimba berserta penceritaan sejarah jika mahu.
Jika dilihat, tarikan di Bukit Berapit tidak kalah menarik dengan di Korea Selatan. Malah, tarikan ini boleh dikunjungi sepanjang tahun tanpa kekangan musim dingin seperti di Gangchon ditambah pula laluannya yang membelah hutan yang semestinya unik dan tersendiri.
5 comments:
Welcome back eeeeeeeeeeeeee
Artkel yg. BERNAS, IM! Aku ingat lagi lalu terowong ni masa muda2 dulu; sungguh INDAH dgn. hutan dan bukitnya! Apalagi bila lalu kpg2 tradisonal termasuk kpg.2 Bumiputera Islam/Melayu kita!
Tok Landak.
Nota: MEKASIH pd. YAB PM Bumiputera DS Mohd. Najib Tun Razak terCINTA kita - yg. telah SELAMATkan HAK/KEBAJIKAN/KESELAMATAN/SEJARAH bangsa BUMIPUTERA Islam/Melayu di KUALA SELANGOR dgn. penubuhan HUB NELAYAN SG. SEMBILANG di KOMPLEKS LKIM dan pasar2 FAMA di seluruh negara - termasuk para NELAYAN kita menjadi USAHAWAN sendiri tanpa ORG. TENGAH! Harapnya juga, diTUBUHkan juga KOPERASI NELAYAN & sbg. HUB PELANCONGAN di situ dan seluruh negara spt. diMINTA para NELAYAN kita ni!
Malangnya SELANGOR terutamanya TANAH2 KPG2 MELAYU kita yg. berHADAPAN dgn. LAUT SELAT MELAKA di KUALA SELANGOR/KLANG-KAPAR/PELABUHAN KLANG/SEKINCHAN (dan SELURUH Malaysia termasuk LANGKAWI - yg. berHADAPAN dgn. SELAT MELAKA & LAUT CHINA SELATAN), yg. makin diIDAMkan si PENJAJAH DAPJUBOQ BABI PARASIT - mahu juga diHALAU bangsa BUMIPUTERA (Orang Asal/Indigenous) Islam/Melayu mcm. kat P. Pinang dgn. menggunakan MO agama (cthnya disyaki melalui cadangan penubuhan kubur Cina gergasi di tengah2 kpg. Melayu di Kuala Selangor), apalagi KUALA SELANGOR/SEKINCHAN/KLANG amat PENTING juga utk. industri PELANCONGAN sungai paya (mangrove), PELABUHAN KLANG dan laut SELAT MELAKA yg. berBILLION; yg. mana SELAT MELAKA (serta LAUT CHINA SELATAN) yg. amat STRATEGIK, sebenaqnya mahu diKUASAI tuan PENJAJAH DAPJUBOQ BABI ni, IS-rael/MOSSAD-CIA/NA*O yg. mana SUBMARIN2 berSENJATA NUKLEAR berPENGKALAN secara RAHSIA di BAWAH LAUT di DIEGO GARCIA (di mana MH370 kita disyaki diRAMPAS utk. MENCULIK2 SAINTIS2 CHINA yg. terKEMUKA)!
Cadangan yg baik bagi mengembalikan kenangan serta sejarah kegemilangan keretapi. Wujudkan juga resort dibeberapa lokasi berhampiran terowong dan dibina semula stesen bukit berapit utk dijadikan pejabat pelancongan utk rujukan pelancong.
satu cadangan yang baik dan menarik...harap-harap ianya menjadi kenyataan...wujudkan semula landasan berkenaan dan adakan perkhidmatan keretapi untuk membawa pelancong menelusuri lokasi yang penuh dengan keindahan flora dan fauna serta nilai-nilai sejarah yang tinggi..
Boleh juga diadakan aktiviti jalan lasak untuk agensi yang berkaitan..
Setuju sgat2
Post a Comment