Friday, July 28, 2017

ADUN Manjoi dan Hulu Kinta menjawab Dialog TN50 Kinta

Dialog Transformasi Negara 2050 yang Daerah Kinta sedang diadakan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta mendapat sambutan dari golongan belia terutamanya pelajar-pelajar institusi-institusi pengajian berhampiran.


Aspirasi golongan ini yang diajukan kebanyakannya berkaitan pendidikan dan peluang mendapat pekerjaan di bidang kesihatan terutamanya dari pelajar KSKB.


Terdapat juga wakil-wakil MCA yang mengaspirasikan kewujudan MRT di bandaraya Ipoh dan pusat kecergasan percuma.


Tetapi penulis yang berhasrat mengemukakan aspirasi supaya pada 2030 negara mencapai sasaran KDNK bernilai USD 1 trillion yang disasarkan Bank Dunia dan IMF tercapai.


Penulis juga mahu bertanyakan tentang jaminan kepada golongan pendapatan sederhana di Ipoh terutamanya di Parlimen Tambun untuk memiliki rumah dengan harga yang terjangkau memandangkan harga rumah yang tinggi menyebabkan kos sara hidup dirasakan tinggi walaupun CPI negara tidak melihatkan kenaikan harga melampau berlaku seperti di negara Asean yang lain.


Namun penulis tidak berkesempatan.

No comments: