Jika sebelum ini, jika anda menaiki bas, masa untuk anda melepasi proses imigresen Singapura untuk balik ke Malaysia di Tuas mengambil masa antara 30 minit hingga 45 minit.
Kini dengan pengoperasian penuh autogate untuk semua pasport, tempoh itu telah berkurang menjadi 1 minit. Sebelum ini perkhidmatan tersebut hanya untuk pemegang pasport Singapura dan pas kerja sahaja.
Apa yang anda perlu lakukan ialah mengikuti cara berikut.
1. Masukkan halaman passport anda ke pengimbas sehingga diminta oleh kenyataan di skrin untuk anda mengeluarkannya sebelum diproses untuk 3 hingga 4 saat dan pintu pertama terbuka.
2. Memasuki kawasan tengah autogate, anda dikehendaki menekap cap jari sehingga diminta oleh kenyataan di skrin untuk melepaskan cap jari sebelum diproses 2 hingga 3 saat dan apabila nama anda tertera di skrin, pintu kedua akan terbuka.
3. Seterusnya anda hanya perlu meninggalkan keratan kad putih di dalam kotak di hadapan anda, dan selesai.
Beberapa cubaan sebelum ini seperti yang diarahkan oleh pihak imigresen menemui kegagalan apabila sistem tersebut nampaknya masih belum bersedia dan perlu dikemaskini.
Hari ini, dengan ketibaan di Tuas pada pukul 8:18 malam, anda mampu bertolak dari Imigresen Gelang Patah pada pukul 8:45 malam.
No comments:
Post a Comment