Friday, August 11, 2017

Nasihat kepada UMNO menjelang PRU14

Sebelum pilihanraya ini UMNO diwajibkan mengadakan sesi penerangan, debat terbuka, bentang kerangka ekonomi dan soal jawab ahli akar umbi bagi menjelaskan tentang isu-isu semasa.

Ini penting kerana adalah tidak layak untuk ketika cabaran telah memasuki dimensi yang berbeza dengan 20 tahun lalu, tiada pemimpin akar umbi yang boleh dengan yakin menjawab, apa lagi mematahkan hujah hatta dari penghujah tak berpihak.

Roadshow tentang isu 1MDB perlu dibuat dan diselia oleh orang-orang yang mampu menjawab. Kaji selidik perlu dibuat dan pandangan umum perlu diambil dan dibawa ke pihak atasan parti.

Keleluasaan putar belit dana politik oleh pemuka utama pembangkang yang mengheret bersama 1MDB adalah kerana  sikap ahli UMNO sendiri yanng nampaknya tak pasti nak jawab macam mana. Justeru, kursuskan.

Terdapat ramai khalayak yang memanjangkan lidah idola politik mereka tanpa otaknya berisi apa-apa pengetahuan tentang yang mereka perkatakan. Golongan ini perlu dipujuk seperti memujuk orang kafir memeluk agama pembenci fitnah, yakni Islam yang sempurna.

Tiada guna apabila pemerintahan yang dipertahankan itu memang di atas jalan yang betul, tetapi muka-muka depan peringkat bawahan tak keluar menjawab tetapi sibuk berebut jawatan! Atau sebenarnya tak tau nak jawab apa?

Bawalah bersabar soal jawatan tu. Pilihanraya Umum ini adalah pertempuran besor dan adalah penentu nasib komer. Bukan teman. Teman ghoper ini juga le. 

Dengan politik tidak boleh dijangka lagi, perkembangan ekonomi yang perlu dipupuk pertumbuhannya, dengan khalayak 52% yang perlu diberi penjelasan sopan mahupun kasar, satu tahun bukanlah satu tempoh yang mencukupi. Anda sebenarnya kesuntukan.

Jika anda tidak sangka Mahathir sanggup 'minta maaf' kepada Lim Kit Siang asalkan Najib terguling, jangan terkejut kalau Lim Kit Siang tiba-tiba..



Mungkin ketika itu teman tubuhkan parti kapal layar. 

Banyak lagi kejutan dijangka berlaku dan apa khabar gerak jentera peringkat bawahan semua itu.



Penolakan tuduhan Najib rasuah oleh sistem perundangan England jelas menyambung benang-benang kebenaran kalau ada otak yang rajin suka pergi sekolah belajar kira-kira.

Selebihnya, terserah. Kejutan yang teman tak boleh terima ialah sekiranya Mahathir menjenamakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada United Malaysian Native Organization. 

Haru. 

No comments: